Sangat tak disangka ! Aku bersama seorang rakan aku di kawasan perumahan orang kaya. Kat situ aku ternampak sepohon mangga yang sangat lebat buahnya. Aku tertarik lalu memandang rakan aku tu. Dia tersenyum. Perut lapar dah ni !
Aku ngan dia kebas mangga tu dalam 2,3 bijik .. Nampak masih muda tapi aku mmg gemar yang masam. Bila dah amik , nak lari la kan ? Maklumlah mencuri. Tetiba , ada bunyi anjing menyalak !
Pakat kelam kabut la aku ngan member aku tu. Beria nak lari keluar dari kawasan perumahan tu tapi akhir tersesat kat dalam tu dan kembali ke rumah yang aku curi mangga tu..
Tuan rumah tu , suami isteri muncul dari belakang aku lalu tersenyum .. Dia kata tak usah takut. Setakat curi mangga jer. Lalu dia jemput aku dan kawan aku ke rumahnya.
Best part ni .. Dia berbangsa cina !Haaa… Kat dalam rumah dia , kitorang berbual mesra seolah tiada apa yang berlaku dan dia langsung tidak menyentuh bab mangga tu . Dan terus berbual hinggalah kitorang mintak diri . Yang pasti kitorang malu sendiri ..
Aku terharu walaupun ianya sekadar mimpi !