Perempuan ni dah berkawin.. Umur dia , 15 tahun . Warganegara Afganistan.. Kenapa dia begini ? Keluarga suaminya memaksa dia menjadi pelacur untuk mendapatkan wang !
Selama 5 bulan dia didera dan dipaksa menjadi pelacur oleh keluarga mertuanya .. Apakah punya jenis manusia mcm ni ? Hurm … Sepanjang tempoh tu , dia hanya diberi sedikit minuman dan makanan saja.. Hurm ..
“ Ketika diselamatkan dari sebuah rumah di wilayah Baghlan minggu lalu, Sahar Gul, 15, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Media semalam melaporkan, Sahar bernasib baik kerana jiran terdengar dia menangis dan mengerang kesakitan di rumah berkenaan.
Menurut polis, keluarga ipar Sahar mencabut kuku dan rambut mangsa, selain menguncinya dalam tandas gelap bilik bawah tanah selama lima bulan.
Untuk menambah seksaan, Sahar juga dicucuh dengan puntung rokok serta mengepit dagingnya dengan playar.Walaupun terlalu lemah, Sahar mampu menceritakan pengalamannya kepada media.
Kata Sahar, antara yang paling kuat mendera ialah ibu mentuanya. “ – HMETRO
Hurm… manusia semakin hilang pertimbangan .. Bila memberontak , dikatakan pengkhianat sedangkan yg berlaku adalah sebaliknya. Dunia diambang kehancuran.