Hurm… bila hak rakyat dinafikan , maka ramailah yang memberontak .. Kan ? Hurm..
Aku hanya mampu geleng kepala jer bila melihat video kes di UPSI tu .. Hurm .. Nak salahkan sapa ? Mahasiswa dengan semangat yang membaranya .. Polis pulak buat kerja dia .. Camana tu ? Masing masing punya tanggungjawab tersendiri ..
Serius , aku sendiri pon tak suka .. Mulut aku terkunci bila melihat ‘kesengatan’ berlaku depan mata aku sewaktu aku menjawat jawatan penjawat awam.. Apa yang boleh aku buat ? Berhenti kerja dan menjeritlah sepuas hati !
Kalau nak bersuara , berenti kerja dan berjuanglah menegakkan keadilan ! Kalau tak mampu runtuhkan tugu , jadi kulat pon jadilah ! Jadi kasi cacat tugu tu dari berdiri teguh dan bangga dengan kejahilannya ..
Buat mereka yang nak berjuang itu , cari landasan yang betul .. Memang ada punya ! Gunakan ilmu yang dituntut sejak lahir tu.. Masa inilah kegunaannya.. Nabi Muhammad s.a.w pon berjuang berhabis-habisan untuk menyebarkan syiar Islam .. Bukan sehari dua.. Bertahun-tahun lamanya !
“ Kalau tak dapat tawan dunia , tawanlah benua .. Kalau tak dapat tawan benua , tawanlah negara .. Kalau tak dapat tawan negara , tawanlah negeri.. Kalau tak dapat tawan negeri , tawanlah bandar .. Kalau tak dapat tawan bandar , tawanlah kampung .. Kalau tak dapat tawan kampung , maka tawanlah rumah sendiri .. Kalau rumah sendiri pon tak dapat tawan ,cuba tawan diri sendiri ! Kalau itu pon gagal , maka jangan bercita-cita jadi penakluk ! “
Untuk menjadi pemimpin , tewaskan keegoan kita terlebih dahulu.. Jadikan kesabaran sebagai perisai dan ilmu sebagai senjata .. InsyaAllah ..
Apa guna kalau dah kena buang dari IPT ? Sapa nak pandang kita selepas itu ? Kalau kita anak orang kaya , boleh la.. Kalau asal dari kampung ? Fikir sebelum bertindak . Bertindak guna kewarasan fikiran .