Hahaha .. Ada sorang insan ni pernah cakap kat aku.. Dia kata ,
“ Tahu tak berapa ramai tak suka ( benci) kat aku ni ??? “.
Tertanya gak aku.. Kenapa tak bagitau aku berapa ramai yang suka kat aku ni ? Nape nampak yang benci jer ?
Aku tersenyum je la .. Yelah , kalau dia tinggal kat Cheras , maka dunia dia kat Cheras je la kan ? Kalau dia keluar dari Cheras tu , mungkin gak la .. Atau paling mudah , berapa ramai suka kat NAJIB TUN RAZAK dan berapa ramai pulak benci kat NIK AZIZ ?
Takkan la setiap perkara kita nak buat laporan kat blog kan ?
“ Oh , ada orang suka kat aku… Oh , ada orang benci kat aku .. “
Ianya lumrah la kan .. Kembali melihat sejarah ketamadunan manusia .. Buka mata sebelum lemparkan fakta .. Takde manusia yang disukai 100% !!
Ada pertanyaan pada aku , camana aku kuatkan mental bila diserang dek ‘virus-virus ‘ tu ? Mudah jer .. Aku belek blog aku .. Takde isu berkaitan agama .. Takde isu melanggar undang-undang .. Takde isu mengaibkan orang .. Kalau ada pon , mungkin terlepas pandang dan aku delete entri tu selepas ditegur .. Mudah je kan ? Amik sikap matang .. Kalau ada kebenarannya , kita terima ..
Bagaimana pula blog blog personal yang takde kaitan dengan orang lain tapi dihentam ? Mudah saja .. Anggap mereka ‘lalat’ yang datang menghurung makanan yang sedap.. Kalau tak sedap , takkan diorang nak datang kan ? Kalau lalat yang hurung najis tu camana ? Hahahaha… Tu korang fikir sendiri kenapa dia mai lepak kat situ .. hahaha ..
Dan terbaru , Chef Wan tak jadi nak tutup FACEBOOK dia .. kenapa ? Peminat dia tak benarkan dan dia amik sikap ,
"Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya," . – Mstar
Mudah bukan ? Kenapa nak amik kisah kata-kata mereka ? Selagi mereka tak mengaibkan kita , kita biarkan jer.. Tapi bila dah mengaibkan , maka GUNAKAN SALURAN UNDANG-UNDANG ..
Ala.. Malaysia ni kecik jer .. Kalau duk luar negara tu , diorang takde masa nak kacau kita .. Baik g shopping dari dok jadi lalat taik kat blog orang , kan ?