Hurm… hurm… Antara agama , ibu bapa , dan peminat , agama tolak tepi dulu .. Apa-apa , jaga hati ibu bapa dulu dan peminat baru pk agama ?
Dua isu yang meletop minggu ni , aku rasa korang tengok dah penjelasan Nur Amalina tu kat youtube yang pastinya membuatkan kita ‘tersenyum’ mendengarnnya dan juga isu Yuna pakai legging dalam muzik video dia yang terbaru ..
Yang ni penjelasan Yuna ..
“ Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” - Gua.com.my
Maka akan ada yang kata nanti , ni media yang salaherti ni ! Yuna mungkin cakap lain , dia tulis lain ..
Kalau benar Yuna cakap lain , kita tengok je la akan datang nanti .. Apakah dia dengan imej dia lagi setelah isu ni panas atau dia tukar gaya dia .. Senang je kan ?
Jangan fikir hati peminat sangat .. Fikir sapa yang bagi awak tu rezeki ! Haihh …
Sori la yer peminat Yuna .. Jangan fanatik sangat .. Aku bukan anti Yuna .. Aku tak anti sapa sapa pon .. Tapi , kita ni beragama Islam .. Fikir tang tu je la.. Jangan kerana minat , kita butakan mata dan menyokong membuta tuli ..
Kalau nak tutup aurat , tutup betul betul ! Jangan takat ASAL BUAT ! Ibarat keluar rumah , pakai baju je.. seluar tak yah pakai.. Tak kisah la.. janji berbaju !!
Entri berkaitan :