Warna pink ?? No ! no ! no ! Warna biru sbb peveret ayah dia .. Hah ??? Ayah sudah aku ...
Ayahanda ? Daddy Dorres? Papagomo ? Abuya ? Baba blackship ?
Nak bahasakan apa eh aku nanti ? En.Ben ? Ngada la tuu ..
Published with Blogger-droid v2.0.2
Warna pink ?? No ! no ! no ! Warna biru sbb peveret ayah dia .. Hah ??? Ayah sudah aku ...
Ayahanda ? Daddy Dorres? Papagomo ? Abuya ? Baba blackship ?
Nak bahasakan apa eh aku nanti ? En.Ben ? Ngada la tuu ..
Fuiyooo .. ada orang cari tuuu .. Jangan ta tauuu woo … Mahal ini keyword neh !! Haa.. Ada la tu yang kata ..
“ Eleehhh .. mesti dia yang taip sendiri.. “
Hahahaha … kan kan ? Kalau aku nak taip sendiri .. baik aku taip ..
“ Ben Ashaari , The Next Superman ! “
Haaa.. lagi masyuk kan ?? Hahaha … Takde la sampai gitu poyo aku kan ? Syok sendiri ke apa gitu ? Haha .. Keyword ni yg tersangkut kat blog ni ada macam macam tapi sedikit sebanyak berkaitan dengan entri di blog kita tapi bukan 100% …
Dan yang ni menarik !
Memang aku ada buat entri pasal Awal Ashaari tapi tak la pasal dia buta warna ! Tuu.. ada orang cari tuuu !! Camana tu ?? Mai habaq kat aku sat … Ari tu ada orang cari Awal Ashaari stim.. Ni buta warna lak ? Hahaha .. macm macam laaa.. Sapa laa yg dok mencari nehh !
Ni kira nak tau biodata aku ke ni ? Hehe.. tak yah la yer .. Cukuplah tau aku lelaki dan normal.. Hahaha…
Salam rakan2 semua,
AdorableMuslimah.com ada membuat Competition: AM Loves Blogs. Byk hadiah menarik disediakan. Jom join ramai2. Boleh tulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Syarat2 penyertaan adalah seperti di bawah. Jom join jom!
Maklumat lanjut boleh didapatkan di sini à Click Here
Bahasa Melayu
AM Loves Blogs Competition
Pertandingan akan berakhir pada 31 Januari 2012
Cara2 Penyertaan:
1. Tulis apa sahaja berkenaan www.adorablemuslimah.com di dalam Blog atau Facebook anda. Anda boleh menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Contoh: Pengalaman shopping di AM.com (jika ada) ATAU Apa yg anda suka di AM.com ATAU Review berkenaan produk2 AM etc. Apa sahaja berkenaan AM.com berdasarkan kreativiti masing2
2. Di akhir entri anda, sila letakkan:
"Dapatkan Blaus dan Pakain Muslimah yang cantik dan sopan di www.adorablemuslimah.com.
Dapatkan juga barangan Victoria's Secret dan Handbag COACH di www.adorablemuslimah.com.
Be style.chic.Modest dengan adorablemuslimah! ^_^"
3. Hantarkan penyertaan anda (Link Blog atau Link FB) ke: competition.adorablemuslimah@gmail.com dengan tajuk: AM Loves Blogs Competition
4. Kami akan upload penyertaan anda di laman FB kami. Anda bolehlah mengajak rakan2 anda utk 'like' penyertaan anda
5. Penyertaan dengan bilangan 'Like' yang terbanyak akan memenangi pertandingan ini. Penyertaan terakhir adalah pada 31 Jan. Undian terakhir akan dikira pada Ahad 12 Feb 2012 jam 11 pagi
Hadiah2 nya:
Tempat Pertama: Wristlet COACH + RM50 Voucher
Tempat Kedua: Victoria's Secret Gift Bag + RM30 Voucher
Tempat Ketiga: Victoria's Secret Body Mist + LipGloss + RM20 Voucher
5 hadiah saguhati + RM10 Voucher
#Penyertaan ini terbuka utk semua kecuali bagi pemilik BlogShops dan Pengiklan AM
Janji manis .. Tu kawan tu ! Berapa ramai antara kita yang ceritanya gempak , tapi bila dah kasi wangnya , terus diam atau pelbagai alasan dikeluarkan ..
Memang ada yang boleh dipercayai tapi mengikut pengalaman korang la kan .. Berapa ramai la sangat yang boleh dipercayai bila bab ,
Tu haa.. Bukan la nak jarum tapi hati-hati la.. Adik beradik pon leh berparang pasal duit .. Ni kan pulak kengkawan .. Tu belum laki bini .. Haaa..
Pikiaq sebelum terduduk .. Biar sikit dari takde langsung !
1. BODY LULUR + MANGIR WHITENING MILK SOAP
2. BODY WHITENING MILK BATH SOAP
detail baca kat SINI
Terlupa nak tutup sliding door sebelum lena semalam menyebabkan aku terjaga awal dari tidur. Tengok jam , baru jam 6 pagi . Hurm.. Bangun , solat .. dan turun bawah ..
Tgk kat SANTAI BEN ASHAARI , ada beberapa blogger yang join segmen yang aku buat tengah malam semalam mengenai pesanan seorang ibu kepada anak mereka ..
Hurm.. pesanan.. Pesanan kadang-kadang boleh menjadi amanat terakhir buat kita . Kalau kita amik ringan , kita mungkin akan menyesal seumur hidup . Yelah , kita tak tau ‘jadual’ perjalanan hidup kita . Entah kejap lagi.. Entah malam karang .. Jika itulah kali terakhir kita bersua muka , maka itulah yang terakhir kita berbicara.
Sebagai seorang anak , setiap kali ibu berbicara , maka dengarlah. Mereka bukan nak bebel. Mereka sayangkan anak-anaknya. 9 bulan menjaganya , ditambah selepas melahirkannya .. pastinya nak melihat yg terbaik buat mereka.
Apa salahnya luangkan masa seperti mana mereka luangkan masa buat kita masa kecik dulu. Janganlah abaikan mereka. Sementara mereka ada disisi , gunakanlah masa tu dengan sebaiknya..
Itulah yang aku rasa dan sebab itulah segmen dibuat semalam .. Saja aku buat tengah malam sbb nak mereka feel setiap entri mereka tu dan mereka yang blogwalking pon mampu merasai setiap pesanan atau kandungan entri rakan mereka ..
Yup .. satu segmen yang bakal mencuit perasaan kita sebelum tidur .. Sekurang-kurangnya sebelum kita tidur , kita ingat jasa dan pengorbanan mereka seketika dan buat yg telah pergi meninggalkan kita , sedekahkan al-fatihah buat rohnya.
Ok .. Segmen ni lebih pada konsep baru yang aku buat yang mana kalau dulu blogger akan tinggalkan link di ruang komen dan tunggu aku listkan , baru nak blogwalking ( bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rakan baru ).
Kali ni , aku nak cuba cara baru . Mereka boleh terus blogwalking tanpa tunggu disenaraikan di blog.
PERINGATAN : INI BUKAN SEGMEN MENCARI TRAFIK ATAU I FOLLOW U , U FOLLOW ME ! MEREKA YANG JOIN SEGMEN INI ADALAH KERANA BERMINAT UTK MENYERTAI ATAS DASAR IKHLAS !
Ok , untuk join segmen ni , korang perlu buat satu entri khas ..
Mesti akan ada yang tertanya kat situ ? Disitu , rakan rakan yang berada di FB pon boleh masuk dan baca entri korang.. Kira 2 dalam 1 gak la kan ?
Dan tolong jangan spam berkali kali ! Cukup sekali je korang paste entri kat situ yer .. Andai ada entri yang menarik , akan aku jadikan entri pilihan kelak.. Terima kasih .
Tutup , 6 pagi pada 10/1/2012.
Bersatu .. tolong menolong .. Hasilnya , semua rasa punya tapi dengan satu syarat .. Kerja keras .. Smart saja pon tak cukup .. Perlu dibajai dgn kerja keras .. Tu resepi utk berjaya dlm dunia blog ..
Malangnya , ada yg tknk nampak kengkawannya bersatu tp .. Haa.. ada tapi.. fikirlah sendiri..
Dlm dunia gym , bersatu mmg bagus .. kalau sombong , maka hiduplah seperti umang-umang dilautan dlm .. Dpt lepak tepi pantai tu dah kira bagus pon ..
Hangpa kenai ? Tak kan ??? Aku tau dahhh .. confirm tak.. Sebab apa ? Low profile ..tapi lepaih ni confirm dah tak punya sbb aku dah kecoh !
Kalau duduk ngan bro Lutfi ni , pakat cakap utara je la .. Hehehe .. tapi orangnya ok.. tarak cita banyak punya .. Kasi burger wat rasuah , terus angguk .. Hahaha.. aku gurau je ..
Ok.. g la tengok blog dia .. Kot kot berkenan nak wat laki .. Yang perempuan la.. Yang jantan nak laki , mmg carik kaki tu !! Hahahah.. Gurau je ..
Semalam aku layan bola kat kedai mamak setelah bertahun-tahun lamanya tak tgk .. Tu pon sbb ada ngan kengkawan. Kalau tak , haram la nak tgk ..
Yang mencuri tumpuan aku ialah sekumpulan budak-budak yg menonton kat situ .. Aku rasa sekolah lagi tu.. Mak aih.. Boleh pulak mak bapak dia kasi keluar eh ? Heh .. Kecik kecik melepak tgk bola ..Tak pe la, bukan anak aku pon ..
Kedudukkan menjadi 3-0 sehinggalah abis separuh msa pertama . Masuk separuh masa kedua , rentak permainan berubah. pasukan lawan yang kena tadi , mula menyerang dan akhirnya berjaya mendapat 2 gol , menjadikan kedudukan semakin genting.
Bila dah jadi gitu , maka ada la suara-suara sumbang .. “ Pengadil itu ini la.. Dah macam kena jual je game ni .. “. Nampak tak ? Hehe.. Antara sebab aku malas tengok bola sepak , sbb inilah.. Bolasepak adalah antara perniagaan yg terlaris sekarang ni..
Kedua , kenapa bila masa ‘diorang ‘ , segalanya ok ? Tapi bila keadaan berubah maka ada cerita pulak ? Kenapa tak leh terima keadaan itu ?
Sebabnya , KITA ! Kalau MEREKA , segalanya akan jadi tidak adil .. Kenapa tak boleh terima bahawa manusia ini tidak akan berlaku adil selagi ada kepentingan tersendiri ?
Ada kawan tadi tanya aku kenapa aku perli orang yang beri nasihat pada aku . Jawapan aku mudah .. Jika aku perli dia , nasihatlah semula kat aku .. Aku bukan maki hamun pon ? Bukannya aku buat demo ke apa ? ‘Ketuklah’ kepala aku dengan kebijaksanaanmu .. Jika ada kebenaran terhadap kata-kata itu , aku terima dengan hati terbuka. Kalau tak , takkan aku boleh delete byk entri yg dah terima teguran ramai.. Aku pon tak nak ke nereka ..
Akhirnya , secara rasmi My Agro Hypermart dirasmikan semalam. Meriah dan menarik !
Majlis dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , YB.Datuk Seri Noh bin Haji Omar dan beberapa lagi orang kenamaan dijemput hadir bagi memeriahkannya
Beberapa perjanjian turut ditandatangani di majlis ini ..
Lepas perasmian , aku dan wife merayau dalam tu .. Beberapa rakan blogger turut hadir di situ , semalam. Saja aku tanya kawan aku tu mengenai harga. Katanya agak murah berbanding luar..
Kehadiran Upin dan Ipin mmg mengujakan kanak-kanak .. Hehe.. Bapak dia pon teruja tu… hahaha .. Bro Shahazrin juga seorang blogger yang turut hadir semalam ..
Sekitar dalam My Agro Hypermart..
Haaa… sempat gak wife bershopping.. Ni baru skit ! Penuh kedua tangan aku .. Nasib baik g gym.. huhu ..
Kat sini pon ada bahagian barang basah.. Bagus la diorang pecahkan mengikut bahagian. Takde la penuh sangat dalam tu .. hehe ..
Amacam ? Menarik ? Haa.. nak ke sini tak susah pon ..
Ok , nak ke My Agro Hypermart ni tak susah pon.. Hala ke Serdang. Pastu cari Hospital Serdang .. Terus je lagi .. Ikut je banner yang tergantung di tiang sebelah kanan tu..
Nampak tak bangunan bawah ni ? Haaa.. Dalam ni jee… Tak jauh mana pon.. Jalan pon tak la jammed sangat .. Mereka yang berhampiran atau tinggal kawasan sekitar ni , mmg la boleh bershopping membeli barang dapur kat sini dn paling bestnya , kebanyakkan produk ni susah nak ada kat pasaraya luar dan murah harganya !
Selamat bershopping ! Utk ke laman Facebook mereka , klik SINI
Dan akhirnya mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Heh .. apa lagi cerita cerita politik pasni yer ? Ahaks.. leh panaskan blog neh .
'Baru nak bertarung !! Sekali wife kejut ..
“ Abang ..bangun.. bangun.. “
Aku terjaga .
“ Kejut kenapa ? “
Wife aku jawab.. Bukan wife orang lain yer .. Wife aku tau ! .. Dia jawab ..
“ Yang abang dok mengucap , berzikir dalam tidur tu nape ? “
Aku selaku suami dia.. Bukan suami orang lain yer .. Suami dia yer .. Aku jawab ..
“ Baru nak bertarung dengan hantu !! Potong stim betul laa.. Tapi ok gak .. Ngeri gak muka hantu tu .. hehe .. “
Fuih.. selamat .. hehe .. Sambung tidur balik ..
Sebelum tu.. jom g tengok blog best pagi ni .. > http://muniiera.com/
Kelam kabut aku tadi .. Dengan ada kerja last minit , pastu tetiba kawan blogger nak jumpa ditambah lagi dengan wife tetiba nak minum susu strawberi .. Maka keutamaan mestilah wife n ‘si kecik' di dalam’ tu kan ?
Jadi , aku g ke pasaraya paling top di Presint Diplomatik , Putrajaya untuk membeli susu pastu terus g jumpa kengkawan sat .. Susu tu wife nak minum esoknya.. Bukan dia je , aku pon nak gak .. hehe ..
Setelah jumpa susu yang aku nak tu serta roti Gardenia , maka aku pon keluar tanpa bayar .. Pergh.. kira mencuri la tu kan ! Apadahal !! Baru best mencuri tuuu !! Tu nasib baik mencuri tanpa merogol lagi !! Haa.. Camana tu ???
Ok .. aku tipu je part tu ! Part mencuri tu laaa.. Takkan nak mencurik lak .. Gile ke apa ??? Kang kena potong tangan lak.. Eh , tak la. Penjara 12 tahun je .. hehe..
OK.. renti mengarut .. Aku pon g la beratur kat depan cashier tu haa.. Muka dia comey dah .. Putih berseri woo .. Baru aku nak bagi dia name card dia .. Kot la dia nak jadi model shawls aku nanti ke kan ?
Bila sampai turn aku untuk membayarnya .. Aku angkat bakul dan letak atas meja cashier tu.. Biasanya gitu la kan .. Dia pon senang je terus angkat barang tu dari situ jer ..
“ KAD MERIAH ADA ? “
Cara dia tanya aku macam polis mintak MYKAD kat pendatang asing . Polis yang garang la.. Aku tau bukan semua polis garang.. Ramai baik wooo .. ( bang , saya ada saman.. leh tolong ?)
Aku pandang muka dia .. Amboi.. Dia ni nak gaduh ngan aku ke ? Pasangan kerja dia , lelaki macam dah semacam malu ngan cara perempuan tu ..
Aku cool lagi..
Bila dah abis dia scan barang-barang tu , dia kata kat aku ..
“Letak bakul kat bawah balik .. “
Cara dia cakap tu , bagi perintah ok ! Cam Hitler bagi perintah kat askar dia la lebih kurang ..
Aku terkedu ..
Aku pandang kawan dia .. Pastu keluar dari mulut aku ..
“ Sapa yang kerja kat sini sebenarnya ? “
Kawan dia diam dan tersengih cam kerang busuk. Malu ngan perangai kawan perempuan dia tu la gamaknya.. Hurm..
Aku hulur duit dan amik balik duit baki ..
“ Terima kasih .. “
Tang ni dah lembut tapi aku tak balas sebab geram kat dia .. Kawan dia hulur barang kat aku dan ucap terima kasih gak dan aku membalasnya dengan lembut ..
Cara aku tak jawab terima kasih budak perempuan tu salah sebenarnya .. Tapi aku nak bagitau dalam dia yang dia telah singgung perasaan aku 2 kali dengan sikap dia yang ‘kureng’ tu ..
Geram tu mmmg ada tapi aku anggap dia tengah tensen .. Mungkin baru putus cinta atau period pain mungkin ? Paling tidak pon dok sakit perut la tu..
Pujuk hati ..