Terlalu ramai hero dalam dunia maya ni .. Bila kat luar , hehe .. Aku pasti ramai dah korang jumpa orang camni kan ? Macam tak sangka je pulak kan ?
Ok.. tak kisah la.. Dalam dunia maya ni , lipas pon leh jadi gajah kan ? Sapa tau kan ? Tapi awas , ada yang tau ! Haaa.. Maka , jangan la beria sangat tunjuk bagus ! Lambat lain , tersungkur .. Cuma tak tau bila dan tak jangka boleh berlaku sbb ingat dah cukup bagus punya ..
Yup , ianya berlaku .. Dulu ada budak ugut nak pukul aku di Twitter dan aku cam orangnya berdasarkan gambar yang ada di profile dan blognya . Dan akhirnya dia di depan mata aku satu hari tu .. Apa yang dia buat ? Serupa kerang busuk !
Dan kes terbaru .. Adoi .. Ni lagi wat hal.. Nak jadi jaguh yang tak bertempat langsung !!
“ Seorang pelajar berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.” – Mstar.
Adoi.. Ada ke ugut gitu sekali ?? Walaupun korang tulis kat wall korang , ianya tetap satu ugutan ! Seperti kata seorang kawan aku di Bukit Aman , mmg ada pihak memantau 24-7 … Maka berhati-hatilah yer .. Jangan ingat dunia maya kita ni bebas yer .. ‘ CCTV’ di mana mana saja ..