Rileks la .. Kalau punya pangkat sekali pon , jangan la rasa diri tu cam dan sama level dengan orang paling kaya di dunia ! Sama sama makan gaji , jadi sama sama bergantung antara satu sama lain la kan ?
Bukan semua bos teruk tapi yang baru nak punya ‘misai’ melintang tu haaa.. Atau nak tumbuh taring .. Pergh.. Memanjang nak bagi perintah padahal TAK TAU APA APA ! Nak tanya , jauh sekali .. Bila bincang , cam tu gak .. Haa.. Boss apa tu ? Hugo boss ? Bossikal ?
Maaf , aku tak tuju pada mana mana pihak tapi buat mereka yang punya kuasa tu , pandang pandang la bawah ! Tau la pekerja boleh ditukar ganti tapi bukankah itu membazir masa ? Dan paling penting ialah sama sama memajukan syarikat dan diri sendiri .
Dan buat mereka yang bergelar BOSS , bukak la mata ! Selalu turun padang .. BUKAN sesekali ! Ingat , pekerja bawahan adalah amanah awak jugak .. Memang gaji dibayar tapi kebajikan pekerja harus dijaga .. Jgan lupa , mereka disisi awak tu , setiap hari kecuali sabtu ahad dan cuti umum .. Selebihnya , nun ada kat sebelah ..
Elakkan dari mendengar cerita sebelah pihak atau paling tidak pon JANGAN BIARKAN KAKI GOSSIP KAT OPIS ! Kalau ada , terus bagi kata dua atau kasi je kerja cleaner ! Yang cleaner tu kasi naik pangkat ! Huh ! Ini perosak syarikat ni !