Dah tengok citer IN TIME lakonan Justin Timberlake ? Hehe .. Mamat ni aku minat dari dulu .. Gaya rambut dia pon mmg buat dia nampak macho ..
OK .. ni entri pasal cerita tu tapi cerita tu sebenarnya menyedarkan kita erti harga masa yg kita sering kata masa itu emas tetapi berapa ramai yg benar-benar hargainya ?
Cerita tu mengarut pada zahirnya tetapi yang tersurat itulah yang mahal sebenarnya . MASA ITULAH NYAWA KITA .. Bayangkan malam ini , berapa ramai yang dah buang masa ? Dan masa bergerak tanpa toleh ke belakang .. Meningkatkan usia ke sehari lagi ..
Dan bagaiamana pulak dengan amalan kita ? Apakah lupa kita dengan tujuan masa yang diperuntukan pada kita ? Dihabiskan setiap masa itu di mana ? Depan komputer ? Atau depan Al-Quran ?
Pesanan buat aku juga. Baru terima berita , nenek wife aku meninggal dunia akibat sakit dada .. Masa singkat dan kita leka bergelak ketawa .. Bila terima berita menyedihkan , kita cuma kata Innalillah … Tapi selepas itu kehidupan diteruskan tanpa menghayati langsung erti kematian ..