Anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion), menjadikannya orang terkaya di dunia . Rekod sebelum ini Carlos Slim dari Mexico dengan kekayaannya RM224.7 bilion dan diikuti oleh Pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.
Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.
Bukti kekayaannya ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.
Katanya lagi kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
Dan beliau mendakwa dia juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.
Sumber asal – Utusan Malaysia.
Wow .. part yg aku bold tu tak leh tahan tu .. Dasat benar dia eh ? Betul atau tidak cerita ni , tunggu jela sambungannya nanti … Aku pun nak tau gak kesahihannya ..
Kalau aku manusia paling kaya , aku nak beli … beli ..g makan sup belut la sat eh ..