Tak sangka .. Masih teringat lagi kenangan tu sebenarnya aku .. Hurm .. Sewaktu aku join test drive Honda ke Melaka dan menginap di hotel Philea tu aku telah terserempak dengan seseorang yang aku kenali.. Sebenarnya bukanlah terserempak tapi dia yang menegur aku dulu ..
Waktu tu , aku dok syok tengok makanan yang dihidangkan utk sarapan pagi tiba-tiba aku ditegur dari belakang oleh seorang wanita yang memang aku kenal tapi terlupa namanya .. Puas aku cuba ingat tapi gagal gak ..
Puan Najat .. bekas pengarah Bahagian Tek.Maklumat di Kementerian Pelancongan rupanya .. Heheh.. Sekarang dia di INTAN setelah dinaikkan pangkat ..
Segan aku dengan dia sebenarnya .. Yelah , dia taraf bos dan aku mmg jarang nak bercampur dengan orang atasan ni .. Elakkan fitnah kata orang .. Nanti kata kita mengampu pulak kan ..
Bila dah tegur tu , berborak la jap .. Tiba-tiba dia kata kat aku yang dia dah lama follow blog aku .. Aiseyman …. Aku terus terkesima ! Malu .. Yelah , blog aku gini yang dok mengarut tak abis ni , dia dok baca .. Aiyoyo ..
Tak lama kemudian , berpisah dan mengambil makanan masing masing .. Tak sangka, di situ pon leh jumpa orang yang dikenali .. Haaa.. Cerita pasal blog gak tu.. Kat Tasik Dayang Bunting , Langkawi pon terkantoi gak .. dah cerita dalam blog ari tu.. hehe..
Tapi dalam diam , aku lebih bersemangat sebenarnya .. Untuk memperbaiki mutu tulisan aku agar mereka yang membacanya lebih rasa selesa dan santai ..
Sebab tu blog aku ni skema je tulisannya sbb aku tau , yang baca terdiri dari pelbagai lapisan umur dan aku tak boleh pentingkan diri .. Walaupun blog aku ni adalah luahan pendapat aku , aku tetap kena jaga ‘tutur kata ‘ aku .. Mana tau , kot mak mertua atau adik beradik wife aku baca .. Malu dia nanti kan ?
Bukan hipokrit tapi kita hidup bermasyarakat .. Jaga bahasa kita , secara tidak langsung kita jaga airmuka orang yang menjaga kita dari kecik , yang mendidik kita di sekolah dan juga rakan rakan sepermainan kita ..
Aku manusia yang punya pendidikan walaupun bukan sampai tahap tinggi , tapi cukuplah untuk aku gunakan dengan waras dan bijak ..