Memang salah aku pun .. Selalu sangat tak off power bila tak guna atau guna berlebihan. Ni baru letrik .. Air lagi ? Hehehe .. Jangan contohi perangai aku eh … Tak elok !
Memang salah aku pun .. Selalu sangat tak off power bila tak guna atau guna berlebihan. Ni baru letrik .. Air lagi ? Hehehe .. Jangan contohi perangai aku eh … Tak elok !
Lagu buat Ibu nyanyian An-Nur , hasil karya Ary Ariasputera ni masih baru di Youtube. Sedap gak suara dia .. Lagu ? Bagi aku , ok .. boleh layan n ‘terasa’ gak kat hati ..
Korang lak rasa camana ?
Yeargh .. Header blog-blog yang aku amik ni adalah dari entri INI .. Kira mana yang berani kata header dia menarik maka aku masuk .. Yang kata tak tu , maka tak masuk sbb dia sendiri pon kata tak cantik dah kan ? Hehe.. Tak la.. aku masuk gak la .. hehe ..
Ok , jom g tengok blog mereka .. Apakah sesuai header mereka dengan blognya ? Klik saja gambar tu ..
Amacam ? Mana paling menarik ? Terima kasih atas pandangan korang eh ..
Haih ... Geram tengok badan si The Rock dlm The Mystrious Island yg aku tengok tghari tadi kat Alamanda..
Badan dia bukan badan bodybuilder tp badan athlit , ahli sukan .. Dia kan main American Football n wrestler ..
Dpt cam dia pon jd ler .. Ada kawan tanya aku blog blog sukan bina badan ni .. Aku tak sure sgt tp kalau google , confirm jumpa byk punya ..
Tips ? Pon berlambak .. Aku tak boleh bg sbb aku tak berkelayakkan .. Nanti ajaran sesat lak ..
Berasaskan teknologi yang paling canggih, LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum telah membuat penampilan sulungnya sebagai produk anti-penuaan pertama yang dapat merangsang kebolehan badan bagi menambah kembali, menguat dan memulihkan kulit. Serum anti-penuaan yang berkuasa ini akan bertindak pada setiap masa untuk menghidupkan semula kulit anda di samping menetapkan piawaian baru dalam industri ini. LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum telah dirumuskan dengan menggunakan formula sel stem dewasa yang dipatenkan secara eksklusif dan mengandungi 200+ jenis faktor pertumbuhan manusia yang mampu mengubah penampilan kulit dengan menambah kembali protein-protein dalam badan, seperti kolagen dan elastin.
Penggunaan LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum setiap hari mampu memperbaiki kerosakan sel kulit, agar kulit kelihatan berseri, licin dan tegang. Selain mengurangkan garis-garis halus dan kedutan secara ketara, formula penjagaan kulit yang paling maju ini juga membawa kesan yang selamat dan luar biasa.
*Kenyataan di atas belum mendapat penilaian dari Badan Pemeriksa FDA Amerika Syarikat. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Apakah kelebihan teknologi sel stem dewasa yang digunakan dalam LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum?
Media yang disesuaikan oleh sel stem dalam LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum mengandungi sitokin yang seiras manusia, di mana ia adalah bersifat sama dengan sitokin tubuh manusia. Keadaan ini membenarkan interaksi yang sempurna antara produk kami dengan proses-proses semulajadi badan anda.
Bagaimana LUMINESCE™ cellular rejuvenation serum boleh membuahkan hasil ?? Tu kena baca sendiri kat SINI
Baru balik dari Alamanda .. Hehe .. Tgk dah citer The Myterious Island tu ? Kalau lom , g la bawak anak sekali tengok .. hehe..
Sepanjang kat sana , aku tak tau nak tgk mana dah .. Tengok barang dalam kedai , terliur .. Tengok makanan , malas makan .. Tengok awek , haa .. ni boleh laa.. Aku tengok sekali je ok ! Pastu tengok awek lain lak.. hehehe ..
Tamo cita pasal pakaian mereka tapi yang ni selalu buat aku tertanya-tanya .. Lelaki maklum bahawa perempuan jalan seperti dibawah ini .. Salah jalan tgk leh menaikkan syahwat woo ..
Tapi kalau ada yang jalan cam di bawah ni ..
Haa.. camana pulak ? Maksud aku jalan seperti pemain bolasepak la.. Faham kan ? Aku bukan perli atau nak kutuk ciptaan Allah tapi ni bab jalan ni aku rasa boleh betulkan kan ? Kecuali la mmg dah ada penyakit ke apa ..
Bukan apa.. Sayang la kalau rupa tu dah lawa tapi bila bab jalan , cam lelaki .. Kalau tak lawa ? Pon kena la bagi lawa gak jalan tu .. Tak kira la , asalkan perempuan .. Kalau dah kawin tu , lain la cita .. Tapi kalau dapat maintain , ‘ abang sayang uuu ‘ punya laa ..
Lelaki yang jalan kepit ? Tu penyakit tu … Penyakit gatal !
Jadi , cuba-cuba la betulkan jalan tu .. Kalau tak nak betulkan , pakai hijab .. Haa.. Tak la nampak bentuk kaki dan jalan tu kan .. Sbb tu suruh tutup aurat betul betul .. hehe ..Kan selamat dah .. Jalan la camana pon, tak de sapa kisah .. Jangan jalan itik lak..
Jangan marah atau terasa .. Sekadar pandangan seorang lelaki yang prihatin terhadap perempuan ..
Semalam aku g Alamanda ngan wife .. Tgk barang baby kt satu tempat ni .. Nak beli tempat mandi dia ..Cari yg mana aku ngan baby muat masuk .. Leh main air sama sama .. hehe ..gilaa ..
Ok , sambung .. Bila tgk satu besen tu , mmg selesa ala anak menteri punya laa tp harga pon sama gak laa .. harga menteri punyaaa .. Tapi masih mampu gak la sbb aku pon ada bau bau menteri gak laa .. menteri pasola .. hihi ..
Dan skang ni aku di Alamanda lg tp seorang diri utk lyn movie .. Rujuk gambar diatas .. Tp awal la pulakk aku sampai lalu aku terima amanat dr wife utk tgkkan besen kat satu lagi pasaraya ni ..
Tuuuu.. nampak gambar tuu .. Murahkan ? Yg memula aku tgk tu harganya ratusan ringgit tp nmpk selesa la .. confirm keje nak mandi lak si kecik tu ..
Kalau korang la kan .. nak beli mana satu ? Bab kemampuan tu mmg mampu tapi keperluan .. Biasa biasa dah memadai atau yg vvip punya ?
LELAKI oh LELAKI ..
Diorang kata LELAKI ni perangainya ada musim .. Tu kata PEREMPUAN la .. Kata LELAKI lak camana ? Sama je ngan PEREMPUAN sebenarnya ..
LELAKI ni kalau sedar diri , dia tau tanggungjawabnya bukan sekadar nak nikah 4 atau dok berlagak macho 24 jam mahupun dok goyang kaki je tapi besar tak hengat punya ! Sebab tu LELAKI ni digelar PEMIMPIN !
Sejak lahir ke dunia lagi baby berjantina LELAKI ni dah mainkan peranan besar. Bakal jaga adik beradiknya walaupun berstatus adik bongsu !
Bila dah semakin membesar , tanggungjawab LELAKI tu lebih berat ! Kena tolong mak ayah lagi . Ingat anak dara ke yang patut tolong ? LELAKI tauu yang kena tolong , terutama kat dapur tu haaa .. Sebab nanti dah kawin , dia kena tolong isterinya kat dapur .. Tak la kekok nanti atau sampai tak kenal mana satu epal mana satu tomato ! Haa… Ada tau !! Aku la tu .. hahaha .. Tapi tu masa kecik la.. Besar ni confius mana lengkuas mana satu halia jer .. hehe ..
Ok ok .. Aku rasa korang pon sedia maklum bab LELAKI ni kan .. Cuma ada LELAKI tak sedar diri bila dah kawin .. Terasa diri bujang atau macam tanggungjawabnya cumalah pada anaknya saja dan bukan pada isterinya .. Atau langsung tak bertanggungjawab ! Tu lagi sampah masyarakat .. Huh ..
LELAKI kena sedar tanggungjawabnya .. Jangan nak menyedap masa bercinta atau setahun pertama kawin .. Bila dah tau isteri mengandung , silalah buka mata tu .. Beban di bahu semakin bertambah tapi janganlah mengeluh. Kalau rasa beban , maka si isteri tu lebih terbeban sebenarnya. Bila mereka tengok kita cool dan buat kerja kita , mereka rasa ‘ringan’ sedikit .. Kena bijak main peranan kat sini ..
Aku nak cerita lebih bab tanggungjawab ni , aku rasa semua LELAKI tau kan ? Jadi tak payah la aku nak panjangkan cerita yang bosan ni cuma nak saling ingatkan , selagi ada bahu , selagi itu LELAKI punya tanggungjawab .. Selagi waras , maka jalankan dengan penuh dedikasi.
Kenapa ? Itulah tugas kita atas dunia ini selain dari mengabdikan diri pada Allah . Akhirat kelak , kena soal … naya nanti .. Hehe ..
Korang tau tak yang kita hanya boleh tidur nyenyak jika suhu 18°Catau 65°F! Haaa… camana nak dapat suhu begitu dengan cuaca negara kita gini kan? Korang boleh baca mengenainya di sini ..
Macam aku yang tinggal di Putrajaya ni, suhu belah malamnya yang paling sejuk pernah aku rekodkan sendiri ialah 28.9 darjah celcius .. Tak tau la kalau ada kurang dari tu .. Ni aku rekod sendiri la ..
Maka setiap mlm , aku akan tarik katil aku untuk tidur di bawah kipas syiling .. Nak pasang aircond , belum tiba masanya sebab skang ni aku tinggal di rumah milik kerajaan. Tahun depan baru siap rumah sendiri dan masa tu baru nak pasang aircond .. Jadi bila ada aircond , kena la set ke suhu tersebut (18 darjah Cel )
Apa jadi bila tak dapat tidur yang nyenyak ? Pergh.. confirm esoknya mengantuk .. Bayangkan nak g sekolah atau g kerja .. Menguap je la kerjanya .. Nak bagi tumpuan pada pelajaran mahupun kerja , pasti tak boleh punya .. Nak balik rumah pon , rasa malas sangat sbb memikirkan rumah yang panas tu .. Huhu.. Suhu dalam rumah atau pejabat sebenarnya penting buat kita . Ianya memberi kesan secara tidak kita sedari terutama bila membuat keputusan , perbincangan mahupun bila berehat di rumah .. Takpe , takpe .. Aku akan pasang aircond nanti.. Tapinak pilih jenama apa???
Korang tau tak pasal Fujiaire ? Aku ternampak TVC mengenainya kat youtube ... Cuba korang layan .. Mesti tertarik punya ..
Aku buat penyelidikan serba sedikit mengenai Fujiaire. Jenamanya sudah ada nama di negara kita ni dan juga mampu dimiliki aku .. Hehe … Itu pendapat aku la… hehehe ..
Dan kelebihannya lagi adalah waranti selama 3 tahun ( aircond unit dan compressor ) . Biasanya alat pendingin hawa dilindungi waranti selama 1 tahun untuk alat ganti dan juga khidmat selepas jualan. Tetapi jika korang mendaftar di laman web FUJIAIRE , 2 minggu selepas membelinya , korang akan dapat jaminan alat ganti untuk tahun kedua dan ketiga. Menarik kan ?
Tadi g Alamanda Putrajaya .. Lama dah nak beli kasut untuk g outstation atau g events .. Kasut yang ada tu , aku dah bantai g gym. Nak pakai kasut kulit tu , cam macho la pulak .. Aku nak santai jer ..
Masa tengok kat Langkawi ari tu , aku berkenan dengan satu kasut Adidas ni tapi takde size . Maka cari la kat Al-Ikhsan Alamanda .. Hurm.. Jumpa .. Tapi cam ilang minat dah nak beli ..
Tengok Timberland pulak .. Berkenan .. Tapi wife lak tak berkenan sbb ala ala treasure hunter lak .. haha .. Aku mmg minat style gitu .. Malboro Classic style woo ..
Harganya mmg mahal tapi masih mampu dibeli .. Hurm.. G tengok kat butik Camel lak .. Aku mmg minat jenis boot ni .. Tapi cam tadi , wife tak minat .. Jadi , aku batalkan terus niat ..
Wife kesian tengok muka welfare aku .. Disuruhnya aku angkat .. Tapi , aku tamo .. Kenapa ? Sebab dengan harga begitu , aku boleh beli banyak menda untuk baby nanti .. Maka , sebaiknya aku jimat dulu .. Mana tau nak guna nanti .. Apatah lagi nak pindah rumah nanti nak guna duit lagi .. Haaa..
Selain dari tu , cara aku berjimat ialah dengan menyimpan semua duit baki yang telah aku pecahkan bila membeli barang .. Hahaha.. Jadi , aku hanya guna duit besar saja.. Duit kecik ,terus masuk tabung .. Hehe .. Dan tua tua baru nak menabung ..
Betul kata bapak aku .. Bila dah bekeluarga , si suami akan lebih beratkan keluarganya ..Tak kisah dah bab pakaian dia asalkan anak isterinya lengkap segalanya .. Bapak aku tu , bertahun tak tukar baju raya … Dan aku sendiri pon , dah 3 kali raya tak tukar .. Aku tak kisah pon .. Selagi boleh pakai dan kelihatan kacak . aku pakai je !
Malas nak layan sebenarnya tapi memandangkan aku pernah buat entri mengenai AJL ni , nak taknak kena cover skit je la.. Tu pon bukanlah tahap nganga depan tv pon.. sesambil jer ..
Hurm .. Entah , bagi aku tahun 80-90 punya AJL lagi berapi dari skang ni .. Jangan la kata skang ni bukan zaman aku pon atau nak kata aku ni kolot tapi zaman tu , mereka yang bertanding semua mmg ‘hot’ n ‘spicy’ arr … Sampai sekarang , bagi aku , takde yg sepanas mereka walaupun sekadar kumpulan rock kapak !
Tapi nak kata semua tak best tu , tipu la kan .. Bagi aku persembahan dan vokal Alyah menarik , lagu Sungai Lui , Aizat , Awan Nano , Hafiz ( aku minat lagu nehh ) mmg unik .. Yang lain , ehem… biasa jee.. Tu citarasa aku okeh !
Dan kalau korang perasan , wang tunai untuk pemenang pon dah berkurangan .. Ini menunjukkan penaja pon dah kurang berminat untuk menaja AJL ni .. Apakah dah sampai penghujungnya atau perlu suntikan yg lebih menarik lagi nanti ? Tunggu je la tahun depan eh .. Harap ada perubahan d..
Bab kritik , aku malas nak kritik artis-artis kali ni terutama lagu yang tah hapa hapa tapi layak ke final .. Dah rezeki diorang dan keputusan pon dah diumum pon kan ? Jadi tak yah nak kalut dah ..
Fesyen AJL kali ni ? Hurm … Ada yang ok dan sikit je yg tak reti nak sedar diri lagi tu .. Tak pe la , yg ok tu .. tahniah dan yang belum tu , semoga Allah beri hidayah pada mereka ..
Dan keputusan AJL 26 kali ni ..
Persembahan Terbaik :
Kisah Hati – Alya ( dah jangka dah ) ( RM10K)
Vokal Terbaik :
Awan Nano – Hafiz ( yearghhhh ) ( RM10K)
ANUGERAH JUARA LAGU
3 ) Faizal Tahir – Karma ( RM12K )
2 ) Jac , Ning , Shella – Beribu Sesalan ( RM15K)
1 ) Hafiz – Awan Nano ( ahahahhaha .. .cayalaahh .. RM30K)
TAHNIAH HAFIZZ , M.NASIR dan BUDDI !!!
Pada masa yang sama gak , Ustaz Azhar Idrus juga mengadakan ceramah agama di masjid Shah Alam .. Hehe .. Ada pilihan samada nak tonton AJL atau layan ceramahnya .
Aku ? Selalu je layan ceramah agama ni kat youtube terutama Dr.Asri punya .. huhu ..
Kemas .. Segalanya kena antara satu sama lain. Penggunaan font , size , mmg buat aku cemburu benor .. Hurm … Orangnya ? Takde kaitan eh .. Tapi baju dia tu kena dengan warna font .. Bijak dia main warna kat sini ..
Blog dia ? Muahahah .. Entri terkini dia mmg boleh buat panas punggung buat ‘ si dia’ .. huhu .. Korang baca sendiri la nanti eh .. Jom ke blognya ..
Korang rasa header korang unik , lain dari yang lain ? Leh tinggalkan link url kat sini .. Terima kasih ..
Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.
Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu. - Lanjut di Hmetro .
BA : Mereka yang ingin datang ke Putrajaya pada hujung minggu ( bermula Jumaat malam ) , kena berhati-hati kerana ramai orang berbasikal tak kira masa .. Serius wooo .. Ada yg tak titik beratkan mengenai soal keselamatan terutama bila di lampu isyarat ! Main redah jeee .. Bila kena , sapa salah ?? Haaa .. pemandu kereta gaak kan ?
Kawasan feveret adalah Masjid Putra , Presint 2 dan banyak lagi .. Jadi , berhati-hatilah yer .. Aku sendiri tak berani nak keluar waktu-waktu ni .. Kalau keluar pon , mmg pandu perlahan punya ..
Aku ternampak iklan ni di sebuah pasaraya terkenal di Bangi .. Hehe .. Kalau susah sangat cari kerja , maka biarlah kerja cari kita tapi kena bijak 'mengumpan' dan tau kat mana lubuknya ..
Yang penting jangan putus asa dan bykkan berdoa ..
Haih .. seminggu tk g gym ni .. Otai sini pon tanya lama ilang .. Nak dtg ni pob bercinta gak sebenarnya tp paksa diri !
Kena cari semangat .. Tgk gambar si The Rock tu baru berkobar balik .. huhu ..
Entah berapa lama bertahan pon tak tau .. Dah rasa tua diri ni ..