Hobi , mmg menarik dibuat bila ada masa lapang .. Tapi bila dah terlalu taksub , mungkin memudaratkan malah mungkin mengorbankan sesuatu yang kita tak sangkakan seperti wang ringgit atau mereka yang tersayang !!!
Yup , aku baru layan movie yang aku download lakonan STEVE MARTIN ,JACK BLACK dan OWEN WILSON .. Kenal ? Hehehe .. Semua hero peveret aku tuuu .. hehee..
Yup , THE BIG YEAR tajuk filem tu ..
Filem komedi ringan ni mengisahkan 3 orang yg datang dari latar belakang yang berlainan tapi punya hobi yang sama iaitu meminati burung dan merancang untuk mencipta rekod mengumpul spesis burung dalam masa setahun !
Dan moral dari filem ini , biarlah hobi itu sekadar hobi dan jangan sampai memusnahkan diri dan keluarga ! Sangat menarik dan simple jalan ceritanya tapi cantik ! Wargkhh..
Aku sukaa burung !! Dulu bapak aku ada bela burung kelicap , murai batu , merbuk dan pastinya si tiung yang pandai bercakap ! Dia punya pasal , bapak aku dituduh gatal sebab PEEEWITTT bila awek lalu ! Aku yang ajar burung tu ! Hahahah ..
Tapi kalau hobi dah boleh jadi pendapatan , apa salahnya .. Cuma kena bijak merancang jadual perjalanan kehidupan harian agar tiada yang berkecil hati ..