SubhanAllah . Semalam pasal menjadi tua dalam masa beberapa hari , dan hari ni lak pasal seorang budak mengalami kemalangan jalanraya baru-baru ni , mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dengan fasih sedangkan dia tak pernah belajar langsung bahasa bahasa tersebut !! Kuasa Allah ..
Antara bahasa yang dia mampu bertutur ialah Korea dan Mandarin ! Perghh .. K-POP arr pasnih !! Hahaha .. Ok , ok ..serius balik .. Noraini Ismail 17 , dikatakan memperolehi kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah..
Kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.Selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Dan , ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
Part ni menarik ! Pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea !!
Menurut ayahnya , Noraini meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
Selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada mulanya, keluarga Noraini meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
Dan , kalau dulu dia cakap dalam loghat Kelantan tapi selepas kemalangan tu dia tak boleh langsung kecuali bahasa Melayu standard ! Hehehe ..
Haaa .. nak tau dengan lebih lanjut ? Korang baca la sendiri kat SINARHARIAN ni la eh ..