Ya ! Inilah yang patut ada pada pelakon di negara kita ! Semangat aku membacanya ..
“Ibadah itu luas dan dalam berkarya juga kita boleh beribadah. Sebab itu saya hanya terlibat dengan projek filem atau drama yang meninggalkan kebaikan kepada masyarakat,”. katanya pada mStar Online.
Nasir Bilal Khan memboikot segelintir pembikin / pengarah beragama Islam yang obses pada ideologi barat dalam berkarya. Ini kerana mereka terlalu taksub untuk menghasilkan karya yang bertujuan untuk melekakan penonton semata-mata.
Yeah ! Tahniah Nasir Bilal Khan ! Anda telah membuktikannya ! Tak semestinya wang ringgit memberikan kepuasan atau anugerah yang dikejar oleh semua pelakon !
Harapnya lebih ramai lagi pelakon kita yang beragama Islam membuka mata mereka . Anda menjadi contoh pada peminat anda .. InsyaAllah .. Bukan susah pon dan takkan rugi laa .. Rezeki Allah ada di mana mana . Yang penting , niat ..