Video Kakitangan KFC yang kurang ajar yang panas di internet sekarang ini .
Tajuk akhbar , Kosmo hari ini yg mana membuatkan aku tak jadi mandi dan terus update kat blog .
Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai yang mana seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan. – Kosmo
Hurm .. Aku tak berani nak kata salah sapa tapi bagi pihak KFC yang pastinya nak jaga nama baiknya , akan mengambil tindakan terhadap mana mana kakitanganya yang melanggar peraturan. Kalau kita pon pasti buat gitu kan ?
Bab lambat ni aku rasa ramai tau punya la kan .. Bukan kat dalam video tu jer .. Baru-baru ni pon terjadi kat aku di KFC Stadium Bolasepak Cheras. Sejam tunggu ! Pelanggan lain yang datang lambat , pon leh dapat awal dari kitorang . Dah la tu , dia kata nak hantar , last last adik aku g amik sendiri ! Baru dapat woo .. Sejam okeh ! Kalau nak kata baru masak , kenapa yang lain dapat ? Yang sama gak tuu .. Order ayam jer tuu .. Bukan mintak nasi minyak atau nasi kandar ! haaa .. Bayangkan kalau aku yang g mintak ? Mulut aku celupar skit tapi tak sampai hati nak lafazkan ..
Aku tau .. kerja kat restoran segera ni perlukan mental yang kuat . Mereka yang datang makan kat situ , nak cepat punya .. Mestilah kan ? Nama pon segera. Orang dah lapar , nak makan. Jadi , nak cepat la kan .. Harga pon bukan murah kan ?
Di sini aku nak tekankan , mereka yang rasa-rasa panas baran dan tak tahan melayan karenah orang , aku nasihatkan tak perlulah kerja di restoran makanan tak kira segara mahupun lambat. Bukan mudah ! Penat woo .. Penat fizikal dan mental .. Bila dah penat , maka .. Tuu.. dalam video tu la kesannya ..
Hurm .. Pihak syarikat bertanggungjawab pon kena buat satu latihan mental yang betul betul mencabar .. Hanya mereka yang benar benar layak ( sabar , jujur dan pembersih dsbnya ) saja , baru amik .. Untuk masa akan datang ..