Buat mereka yang berpegang pada prinsip BLOG AKU , AKU PUNYA PASAL LAAA , susah sikit kot nak join segmen ni . Kenapa ? Jom baca lagi ..
Segmen ni adalah segmen kritik blog korang secara terbuka tapi bersyarat ! Syaratnya , mereka yang boleh kritik ni mestilah join segmen ni . Ini bermakna , korang pon boleh g kritik blog dia kembali ! Haaa .. Ok la kan ? Adil ..
Kritik di sini bermakna , mencari kekurangan dan kelemahan yang ada di blognya lalu menegur dengan cara berhemah dan memberi pendapat pada masa yang sama . Ok ? Faham ?
Dilarang sama sekali , mencaci maki , mengkritik di luar batasan dan tidak berasas dan elakkan dari menyakit hati empunya blog. Jadilah pengkritik yang bijak dan bersopan ..
Berminat ? Kena buat satu entri sebagai tanda anda join segmen ni. Ok ?
- Letakkan header BENASHAARI.COM
- Tajuk .. BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ? dan linkkan ke entri ini .
- Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?
- Siap ? Tinggalkan url entri lengkap di ruangan komen ini.
Cara segmen ni mudah jer .. Setelah blog anda dikritik , sila g ke blog pengkritik tadi sebagai membalas kunjungannya dan kritik blognya juga . Jangan lupa tinggalkan link entri segmen anda ini . Yang mana tak tinggalkan link segmen , jangan marah kalau tak dibalas.
Pastikan KRITIK dan bukan PUJIAN yer .. Sekurang-kurangnya satu pon ok dah .. Kalau puji , tak mo balas kunjungan dia ! Ok ?? Hehehe … kena cari kekurangan gak kat blog tu !
Ok , aku tak senaraikan link link yang join . Jadi korang kena amik sendiri kat ruangan komen ni yer ..
Hurm .. tutup , kul 10 malam ni ( 16/2/2012 ) .. Tips , rajin rajin la berkawan dengan mereka .. Sekian ..