Wow .. ada seorang kawan blogger tanya aku pasal tu . Dan dia bukanlah beragama Islam. Sebab itulah soalan begitu boleh terkeluar dari mulutnya .
Aku tak salahkannya. Di zaman ini , ramai keliru antara agama dan adat . Tak tau mana satu yang nak diikutkan atau nak ditolak. Mereka yang jadi begini , mungkin tidak punya didikan yg secukupnya lalu gagal membezakan antara adat dan agama.
Dia tanya aku , apakah aku dapat terima jika anak aku gay ? (Semoga Allah menjauhi perkara perkara tersebut dari keluarga aku , sahabat-sahabat dan juga saudara seagama aku ). Tidak sama sekali aku dapat menerimanya. Bukan kerana aku tak dapat menerimanya tetapi ISLAM mengharamkannya !
Ditanyanya lagi mungkin aku boleh bertolak ansur atau tidak risau jika anak aku itu memberontak nanti ? Didikan awal amat penting ! Dari rumah lagi diajar mana yang boleh dan mana yang tidak. Apa itu haram dan hukumnya jika melakukannya. Perlu diajar dari rumah lagi ! Jika tiada asas begini , maka mmg cari pasal !
Aku ada bagitau kat wife .. Jika ditakdirkan anak aku bijak dalam pelajarannnya , aku tetap biarkan dia disamping aku .Biar dia membesar disisi aku sehinggalah dia benar benar mampu berfikir dengan sematangnya.
Mungkin aku kolot tapi itu lebih baik dari dia menyalahkan aku dan isteri aku kemudian hari. Zaman ini , sangat mencabar ! Sangat sangat mencabar dan aku tidak langsung memandang remeh mengenainya ! Tersalah langkah , mmg sukar untuk diundurkan dan menyesal tiada gunanya ..
GAY , LESBIAN atau SEKS BEBAS , bukan budaya kita dan tidak diajar dalam ISLAM ..