Er … aku rasa banyak dah aku buat entri pasal ultrabook ni tapi nampaknya masih ada yang terlepas pandang mengenainya .. Ada yg kata tablet . Ada yang kata tak tau .. Dan ada yang kata bukan nama jiran dia ! Boleh ?
Ultrabook ni dari kategori pc ( komputer peribadi ) seperti laptop atau notebook tetapi ianya lebih nipis dan juga ringan ! Haa .. Umum dah ni .. Ianya adalah komputer peribadi terkini. Bukan tablet yer ..
Selain ringan , nipis apakah lagi kelebihan ultrabook ni berbanding guna tablet atau laptop yang lain ? Kepantasannya bila kita letak dia ke mode hibernate atau sleep .. Bukak je flip , terus dia nyala atau tekan saja butang , tak sampai 2 saat dah boleh guna !
Yang aku pakai sekarang ni , Toshiba Z830 .. Kalau letak atas peha , biasanya terasa kepanasannya kan ? Tapi tidak yang ni .. Kenapa ? haaa .. sbb design Z830 i7 ni berlainan sedikit dari laptop aku yang lain. Tak terasa panas pon . Dan ianya menggunakan processor INTEL.
Ada yg kata terlalu nipis dan mudah patah ! Hehehe .. Jangan risau laa .. Casis ultrabook Toshiba ni mmg keras. Macam aku kata tadi , kalau dah pegang dan guna , mmg takkan nak lepas punya.
Kalau untuk student ni mmg bagus. Atau kaki melancong mahupun yg suka buat aktiviti outdorr .. Amacam ? Kalau korang ada duit atau nak beli laptop baru , rasa rasa teringin tak nak cuba guna ultrabook ni ?
eNTRI BERKAITAN :
Cool giler TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830