Serius aku terkejut dengan kenaikkan ni . Mula aku dengar khabar angin ni , awal tahun ni yg mana katanya nak naik tapi tak jadi. Bersyukur sangat !
Walaupun cuma naik RM10 kena ingat , nak ke GYM 1MALAYSIA di Menara KBS , Kementerian Belia dan Sukan , Presint 4 ni bukan dekat .. Aku nun di Presint 14. Nak ke sini , guna minyak gak bukan berlari ..
Seperkara lagi , kena la tau gak .. yg datang gym ni , bukanlah mereka yg bawak BMW , atau ada driver antar .. Semua dari golongan kelas sederhana dan juga bawahan . Rata-rata yang datang pon sekadar nak kasi keluar peluh . Kata nak rakyat rajin bersenam kan ?
Mereka yang datang ni pon bukannya duduk berjam lamanya. Paling lama pon 2 jam bersenam pastu balik .. Tu pun sekadar nak beriadah .. Lebih baik dari melepak tak tentu hala kan ? Tu antara tujuan pembinaan gym ni .. Nama pon 1Malaysia .
Sebulan RM40 .. setahun ? hampir sama dengan jumlah bantuan BR1M setahun RM500 tu .. Apa la sangat bab maintenance gym ni .. Aku tengok pon mereka pandai guna dan jaga apatah lagi dengan kehadiran kakitangan KBS yang memastikan segalanya dalam keadaan baik .
Kalau masuk bayar hari hari .. RM4 untuk dewasa … haa.. camana tu .. Kalau seminggu 3 kali ? Hurm .. Jadi pilih je bayar bulan bulan .. Tapi sekarang dah naik RM10 … haih ..
Jadi , aku harap pihak terbabit , kalau boleh kekalkan harga lama .Nampak sikit tapi besar buat mereka yg cuma menyimpan duit lebih lagi mereka yang berpendapatan rendah tapi nak beriadah di gym .
Mungkin ada yg fikir jumlah itu kecil tapi buat mereka yang datang gym hari hari kerana tidak ada sukan lain untuk mereka serta , tu camana .. cam aku ni la yang dah g gym selama 10 tahun .
Fikir-fikirkan la yer ..