Ahaa .. best skang ni .. Kalau dulu , pembantu rumah gajinya cuma sekitar 400-500 dengan tugasan kerja , semua bikin tanpa banyak cerita dan masa ..
Sekarang ? Gaji minimun sudah RM700 kerana pembantu rumah sudah ada ijazah wooo .. dasat kan ? Best partnya , kerja yg dibuat ada pengkhususan .. Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak. Oleh itu, mereka tidak akan menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan kesemua empat tugas itu, harus mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.
Amacam ? Ada sapa sapa nak berenti kerja dan nak jadi pembantu rumah ? Pergh.. banyak lemak sekarang eh ? Kalau gitu , kerja sampai kul 8 malam .. pastu suruh balik ke rumah sendiri .. Datang lambat , potong gaji .. Transport , bayar sendiri .. Makan , tolak gaji .. Ponteng , tolak gaji .. Haaa .. Tak leh tidur … Lunch 1-2 .. takleh tengok tv.. Guna tandas , bayar .. Amacam ?
Tak sampai hati punya rakyat Malaysia ni .. Maklumlah , sama sama manusia dan serumpun .. Nak wat berkira kan ? Tapi bila dah macam ni , aku rasa .. ramai la isteri letak jawatan atau si suami , jadi blogger full time cam aku ! Hahahah …
Sumber Berita : Bharian