Ahaaa .. Aku rasa ramai tak tau pasal ni kan ? Aku pon baru tau gak ni .. Tu pon dari isu yg aku baca di akhbar online Sinarharian yg mana ada pengomen mempertikaikan pasal denda tidak menutup aurat ni ..
“ Kompaun boleh dikenakan pada kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987). “.
Disini aku keliru dan aku pasti ramai gak keliru ni .. Kalau dibaca dari artikal tu ( rujuk sini ), apakah kompaun dikeluarkan hanya buat peniaga yg tidak menutup aurat ? Sebabnya , dia dkenakan kompaun atas akta undang undang kecil tred perniagaan dan perindustrian. Yang lain camana ?
Dan , bila aku baca di artikal ini pulak ( rujuk sini ) , mereka yang tidak menutup aurat cuma diberikan kaunseling saja .. Hurmm .. kenapa tiada denda ? Apakah itu cuma satu amaran terlebih dahulu ?
Terdapat kekeliruan disini . Ini membuatkan pelancong dalam negara jadi takut bila nk melancong ke Kelantan .. Maklumlah , ada yang takut didenda dari berdosa dengan Allah .. kan ?
Bagi aku , denda pon ok dah tu .. Tapi kalau nak bagi amaran pon cantik gak .. Buat satu pangkalan data , dan rekodkan terus samada mereka ini pernah diberi kaunseling terlebih dahulu atau tidak. Kalau dah , barulah saman dikeluarkan.. Buat satu Malaysia !
Nanti ada la yang cakap .. “ Nak tutup aurat , biarlah kerana Allah .. bukan kerana orang lain “ .. maka aku rasa bolehlah baca artikal ni , Bertudung ? Belum sampai seru lagi ..
Untuk aku , keluarga aku dan mereka yang mengenali aku juga ..