Bagus giler budak skang ni.. Asal tensen je , g cari bf/gf dia.. Luahkan la perasaan kat situ . Gamaknya dia terlupa kot dia membesar pakai susu apa ? Kalau tak susu ibu , sendiri mau ingat ..
Bila dah tensen gini , terasa la diri tu matang sangat sampai buat keputusan yg sangatlah menyusahkan rakyat Malaysia dan persatuan blogger blogger mahupun laman sosial sedunia ! Haihhh .. Penat je buat entri pasal kehilangan tu ! Nasib baik la aku buat pasal dia cuma sebaris je sbb rasa cam tah hapa hapa pon ada ..
“Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. “ – SinarHarian
Nak kata apa dah ?? Yang satu serupa takde akal .. Yang sorang lagi macam hilang akal .. Apa tak pikir ker camana perasaan orang tua bila disangka anak kena culik ?
Ni la.. Umur baru setahun jagung , terasa dah boleh sara diri sendiri ! Huh .. Dia ingat luar sana tu , taman asuhan kanak kanak ke ? Tak tau zaman ni zaman dinasour !