Cerekarama Tv3 minggu ini , USIN BUNGA lakonan Zizan Razak Raja Lawak dan dibantu oleh Sharifah Sakinah , Shajiri , Norlia Ghani , Razak Ahmad ,Shawal Ruslan dan ramai lagi laa ..
Memula cerekarama ni mmg bagi aku serupa cam cerita Upin Ipin la.. Kira cerita ringan ala ala kartun gitu la.. Tapi bila dah lama lama, baru ok .. Jadi , jangan cepat nilai sesuatu tu dengan cepat sebagaimana watak si Ju cepat jatuh cinta dengan si Usin yang mana kerja LAN PERCUMAnya ( freelance) sebagai peragut !
Kekuatan cerekarama ni terletak pada dialognya yang giler giler tu.. Walaupun aku bukanlah pengemar lakonan Zizan yang bagi aku adakalanya over tapi , kena terima sbb tu mmg perangai dia ..
Razak Ahmad dengan taglinenya , “ DIN RAMBO , AKKK AKKK “ tu mmg buat aku ketawa terbahak bahan serta beberapa dialog lagi la.. Nak tulis semua , parah gak aku kan .. hehe ..
Keseluruhan , cerekarama ni berjaya buat tensen aku yg keciciran dompet petang tadi , ilang sekejap.. Sekejap jer laa.. Cam biasa , terselit jugak la pengajaran dalam cerekarama ni walaupun kita dah boleh jangka apa akan tapi bernasib baik kerana dialognya yg lucu.
Lagu latar yg ada tadi tu , bertajuk Suratan atau kebetulan nyanyian Kenny , Remy Martin. Dan nak download , lom ada lagi.. Nanti dalam seminggu dua ada la tu. Tak pon g tengok kat tonton.my.
PS : Jang , aku ulang sekali lagi okeh ! Aku tengok sbb ada Razak Ahmad n Norlia Ghani okeh !!