Gulp .. Ada suami tak berani nak tanam uri isterinya yang baru saja melahirkan anak .. Nak tengok pon tak mampu apatah lagi nak sentuh lalu membersihkannya dan seterusnya ditanam di tempat yang ‘selamat’ ..
Apa itu uri atau tembuni ? Takkan tak tau kot ?? Tau kan ? Cuma ada yang belum pernah lihat kan ? Tak pe .. tunggu nak bersalin nanti tau la.. Pastikan yang halal yer .. heh ..
Ada banyak pantang larang sewaktu nak bersihkan uri ni seterusnya menanamnya. Orang Islam kena tanam yer uri ni.. Jangan dibakar mahupun di jual .. Ada yang mangkuk siap keringkan dan makan .. Awek muda wak dia ..
Sewaktu nurse menyerahkan uri baby aku pada aku hari tu , aku terkedu sekejap sebenarnya .. Kenapa ? Aku tak sangka betapa beratnya uri tu .. Huhuh.. Aku ingat sekadar cam usus jer .. Rupanya tidak ..
Mak mertua aku nak aku sendiri tanam menda tu .. Kira aku kena bertanggungjawab sebagai ayah la gamaknya.. Mulakan dari menanam uri .. Haa..
Aku amik dan pegang.. Aiyo .. camana nak buat neh ? Sekarang dah hampir jam 12 malam .. Takkan nak tanam malam malam ? Gulp .. Aku pandang mak aku .. Mak aku kata tak pe , dia nak uruskan. Tapi aku tak nak .. aku nak uruskan sendiri bab ni .. Kalau bukan sekarang , bila lagi aku nak mulakan kan ?
Setelah selesai aku uruskan wife , malam tu gak aku balik dan cuci uri tu di bilik air .. Sewaktu aku keluarkan uri tu dari plastik bag tu , aku cuma mampu berkata dalam hati ..
“ SubhanaAllah .. inilah rahsia manusia yang Allah terang terang tunjukkan kekuasanNya pada kita .. “
Atas sebab itulah aku mampu membersihkannya .. Aku nak tau camana dan rupanya uri itu yang telah membekalkan makanan serta oksigen pada bayi .. Dan melihatnya secara live serta membersihkannya sendiri ..
Dan aku berjaya membersihkannya seterusnya menanamnya masa tu gak .. Huhuh.. Kira kira jam 2 pagi .. Pantang larang ? Aku serahkan pada Allah untuk menentukannya ..
Aku berjaya melakukannya tanpa rasa sedikit pon geli atau nak pengsan malah berbangga dapat membersihkannya kerana ianya milik isteri dan anak aku sendiri ..