Tengah pening kepala .. Selasa ni dah nak balik ke Kelantan . Wife nak balik pantang kat sana . Aku ikut .. seminggu pastu balik Putrajaya dan pastu ulang alik la setiap hujung minggu .. Terpaksa .. Banyak kerja nak kena settlekan .. Maklumlah , keje sendiri .. Tak buat kerja , duit tak de .. Duit takde , keluarga nak makan apa kan ?
Perbincangan dibuat dengan isteri .. Naik kereta , 10-12 jam sbb pasti banyak berenti .. Kalau naik kapal terbang , penerbangan cuma mengambil masa 45 minit . Cuma part part cam nak bertolak dan ketibaan tu je la makan masa .. tolak pi tolak mai , 3 jam ..
Keputusan , naik kapal terbang .. Tapi ari tu , masa tanya doktor .. dia tak galakkan naik kapal terbang sebab organ masih belum kuat.. Begitu gak kata doktor masa kena kuning .. Bayi susu ibu jer ..Tapi bila guna petua , alhamdulillah .. baru berkurangan. Kalau tak , asik ulang alik jer ..
Jadi camana ? Ok .. aku cuba google untuk mencari pengalaman pengalaman rakan blogger yang pernah membawa bayi mereka menaiki kapal terbang .. .. Ada beberapa petua dikongsi bersama ..
Dari blog Yati Yusof ( link entri sini )
• Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.
• Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
2. tisu basah (mini packed wet tissue)
3. dua persalinan baju
4. botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jgn risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti).
5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jgn pula bawa tin2 sekali dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.
6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada.
9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor.
10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.
• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak , anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu…
Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.
• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.
• Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.
• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat.
• Bawalah bayi berjalan2 di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan
Baru terbaca di blog member , Eyriqazz yang mana dia pon baru dapat baby dan nak balik ke Kelantan gak tapi dengan menggunakan Air Asia .. Aku nak guna MAS .. hehe .. Hurm, kesian lak .. Kenapa ? Tu kena baca sendiri kat blog kawan aku tu eh.. Tajuknya Boleh ke Bayi Bawah 8 Hari Naik KapalTerbang AirAsia?
Dan untuk kepastian samada aku dan keluarga aku boleh naik kapal terbang dengan baby yang dah berusia 15 hari ( genap selasa depan , 17/4/2012) , seorang lagi rakan aku , Jai ada membuat entri mengenainya di dalam blognya yang bertajuk Had Umur Bayi Baru Lahir Untuk Naik Kapal Terbang ..
Maka , tak reti reti lagi nak tempah tiket ?? Apa pon kena ikut petua yang telah diberikan .. InsyaAllah , segalanya selamat ..