Hurm … Aku cepat melenting ? Tak .. Ianya mmg wujud cuma sahabat kita menjadi mangsa mereka yang menabur fitnah pada dia ..
Hurmm ..haihhh .. Sampai gini sekali fitnahnya ? Ok lah , jika benar satu fitnah , Muhammad Aizudin , aku mohon maaf kerana keluarkan entri begini .. Aku tarik balik entri tu ..
Macam macam perangai manusia kerana segenggam nasi !
Bosan dengan award award ni .. Sampai leh hilang kawan !!!
“ Cool je daddy ! Tak yah kelam kabut ! Daddy dah pon menang ! Menang hati kawan kawan .. Tanpa bagi hadiah atau duit pon , daddy dah meraih undi dari kawan kawan ! Dat my daddy laaa Caiyokk ! Yang penting daddy , kita jujur dalam apa yang kita buat .. kan kan ? “.
Terus sejuk hati aku bila anak aku cakap gitu tadi.. Aku vc ngan dia tadi.. Uhukk .. rasa cam nak balik je g gigit dagu dia .. pastu balik Putrajaya balik ..
"You are the original selected blogger for Xxxxx , the 1st choice.
Main thing we have to be true to ourselves, no matter how tough it is.. we have to keep to our principles. I m very fortunate to know a very genuine honest blogger :)) "
Satu kata kata semangat buat aku datangnya dari seseorang yang ..
Setelah ditapis begitu lama .. Minta pendapat juri agung serta juri awam , maka diputuskan anak bulan telah kelihatan .. Eh , silap .. diputuskan bahawa pemenang peraduan TOSHIBA yang aku buat baru baru ini dimenangiii oleeehhhhhh .. oleehhh … Terang-terang dah nampak sapa kan ? Hehehe ..
Yearghhh .. Dia laa .. sapa lagii .. CIK BUNNY .. Jadi, keputusan adalah mutamat .. Jawapan paling tepat adalah pilihan juri dan juga aku .. Maaf la yer , kami takde kene mengena .. Aku kalau boleh , semua menang ! Tapi apakan daya .. Satu hadiah je aku ada .. Tu pon sponsor .. huhu ..
Buat yang dah join peraduan tu , terima kasih kerana sudi luangkan masa .. Dan buat CIK BUNNY , sila email saya dengan segera sebelum sapa pakai earphone tu !
Cepat cik bunny , roger saya.. Anda ada tempoh , 24 jam sebelum hadiah itu dimusnah .. Jeng jeng jeng jeng… jeng jeng jeng .. Lagu ala ala Mission Imposible ..
Tapi jantan pon , dia leh pk lain jeee .. hahaha .. Maklumlah , zaman ni zaman tersenget senget ..
Hari ni , deal ngan pemaju untuk perbaiki kecacatan yang ada pada rumah .. Takat ni yang jumpa , retak ( ciput ciput je ) , masalah air dan ada gak bocor ..
Pastu nak pasang grill .. Jiran ada kasi no kawan dia .. Dia kata orang ni bagus buat dan murah .. Jadi aku roger la orang tu .. Jadi , dia turut sama la ada tadi.. Siap ukur semua dah pilih corak yang aku nak ..
Dah buat keputusan .. Kalau harga ngan dia ni ok , maka amik ngan dia .. Harap tak melampau la harganya .. Kalau nak buat pon , dalam bulan 6 baru dia free .. InsyaAllah ..
Dalam dok borak borak gitu , aku terperasan .. Arghhhh .. Hampeh tul laaa .. Zip seluar aku !! Grrrr .. Dengan selamba je aku tarik.. Malu tapi cover line ..
Lalalalaala …
“ Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez membuat kenyataan mengejutkan di sini apabila mendakwa Malaysia tidak selamat langsung untuk pekerja Indonesia kerana negara itu tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi pekerja.
Dalam satu temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan The Jakarta Post pada Isnin, beliau turut mendakwa kerajaan Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pembantu rumah dan pekerja ladang, yang mana kedua-duanya tidak termasuk di bawah polisi kadar gaji minimum sektor swasta. “ - Yahoo
Sungguh kurang ajar kenyaatan begini ! Satu lagi serangan untuk menjatuhkan maruah MALAYSIA di mata dunia ! Apa giler perempuan ni ? Wah , aku rasa .. orang macam ni patut ditarik MYKAD dia .. Serupa pengkhianat negara !!
Aku tertanya-tanya gak .. Sapa takut sapa sebenarnya !!
Harap ada tindakan pada orang macam ni ! Politik sampai menjatuhkan maruah negara , aku pon bengang .. Huh !
“ Kegemaran pelik seorang lelaki misteri mencuri pakaian dalam wanita di kawasan Salak Selatan menyebabkan seorang kerani dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee An, 40-an mendakwa sejak dua bulan lalu lebih 20 seluar dalamnya dilarikan dan lelaki terbabit tidak pernah takut untuk memasuki kawasan rumahnya yang berpagar untuk mencuri pakaian dalam berkenaan.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, pakaian dalam mangsa yang disidai bersama pakaian lain dalam kawasan rumah berpagar didapati hilang manakala pakaian lain masih ada di jemuran.
Menurutnya, kehilangan pakaian dalam itu disedari bapanya yang bangun kira-kira jam 6 pagi apabila mendapati pakaian dalam miliknya sudah hilang.
“Saya kemudian mencari di seluruh kawasan rumah tetapi tidak menemui pakaian itu. Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku dan sejak dua bulan lalu, lebih 20 helai seluar dalam saya yang dijemur di ampaian dicuri lelaki misteri. ” – Hetro Online
Zaman ni kan zaman huru hara ree … Yang senget , mintak haknya .. Yang lurus , sibuk nak disengetkan .. Jadi , takat curi seluar dalam tu , tak hairan laa .. Memang dah byk kes manusia mengarut ni ada .. Siap cium pon ada ok ! Suka benar bau sabun ..
Jangan ada sampai masuk rumah , curi bulu kaki penghuni rumah tu dah !
Cer sidai seluar dlm macam ni ! Kalau kena curik gak , confirm bukan manusia ! Tu jin buragas namanya ! Semua nak sebat !!!
Assalammualaikum ... Bersua kembali pada hari ini ...
Tempohari pada tarikh 25hb April 2012 adalah hari yang amat bermakna bagi saya dan rakan-rakan penjawat awam yang lain kerana hari ini adalah hari "PAY DAY" iaitu hari gaji di bank in ke dalam buku akaun bank ... Tambahan pula dapat kenaikan gaji baru beserta dengan tunggakkan sekali ... Tersenyum riang kan ! ! !
Saya suker untuk berkongsi dengan rakan-rakan di
Pembacaan seterusnya (sila klik di sini)
Alahaii .. baru aku tau ! Nasib baik aku rajin baca tweet dan follow je kengkawan yang sudi follow aku kat Twitter tu .. Dan barulah aku tauuu kes ni ..
Saiful Apek sudah bukak tembelang ini pembikin filem hantu .. Menurut dia , ini pembikin filem sudah tak bayar duit lakonan dia dan arwah Bob Kuman ..
Aiyooo… tak baik la ini macam .. Sama-sama kije , sama sama makan lhooo .. Tak best la macam ni !! Ini yang buat aku kata , jom boikottt dia punya filemm !! Haa .. Mau kaa ? mau kaa ???? Grrr..
Nak kaya pon , berpada pada laaa .. Jangan wat keje cam ni weh ! Haiahhh ..
Bro Apek ! Wa sokong luuuu .. Tak kira la lu gitu gitu ke.. gini gini ke , hak tetap hak ! kan kengkawan kan ..
Ngangkung sudah .. Ngongkrong pon sudah .. Ngengkang la pulak pasni .. Adoiyai ..
2. How are the winners selected?
There will be two (2) tiers for the winners selection:
- Tier 1: Based solely on number of votes. The top 50 entries with the most votes for each category will be shortlisted as potential winners.
- Tier 2: A panel of judges will then evaluate the entries of these top 50 shortlisted potential winners and select the best entry for the category based on the criteria mentioned above as the ultimate winner.
Ada faham ??? Bagus … Lain kali baca dulu yer .. Bukan main terjah .. Ingat ni budak sekolah punya peti undi ke ? Alahai ..
Bagus DIGI ! Yang ni aku ok la .. Aku respek .. Baru adil dan saksama .. Kalah pon tak pe .. Aku dah cukup dah dengan ‘ kemenangan’ …
Lagi pun , kejayaan bukan diukur dari kemenangan award tu haaa … Dari mana ? Laaagi mau tanyaaa .. Sendiri buat blog , sendiri tauu laa .. hehe..
Kepuasan menulis dan menyampaikan ! Itulah erti kejayaan seorang blogger ..
Thanks abang Jejai ! Hehe .. Legaa tak yah paksa orang dah mengundi … huhu ..