“ En ben.. apa pendapat en ben bila kita guna kata ganti diri "aku" dlm entri?
2. Saya pernah guna bhs mcm bhs basahan.. tetiba kena lah komen negatif dr blogger tertentu.
Siap ada yg buat entri lg yg mcm ckp, bakal pendidik yg tak pandai guna bhs. Agak terasa. Skrg liza ( bukan nama sebenar ) byk guna kata ganti nama liza sendiri. but not so best lah kan... huuuuuu “
Pendapat aku yang masih belajar ni dan kurang ilmu ni , mudah jer .. Bergantung pada corak penyampaian kita dalam blog .. Kalau blog dia cam blog infomasi seperti artikal pendidikan , rasanya gunakan ‘aku ‘ tu , tak sesuai kerana pasti akan ada pelajar atau rakan sealiran membacanya..
Kalau blognya lebih pada diari online cam aku ni , mungkin ok la kot .. Tapi dia perlu tau gak sapa yang dok singgah baca blognya . Kena tau tang tu .. Penting ..
Penyampaian dalam blog sebenarnya amat penting . Bukan saja untuk pembaca malah mampu menarik agensi agensi pengiklanan untuk mengiklankan produk mereka di blog kita ..
Pendapat aku , blog mencerminkan keperibadian penulis dia .. secara tidak langsung ! Mana yang ok , gunakan .. Mana yang tidak , tolak tepi .. Pendapat pembaca kekadang ada benarnya , kekadang boleh juga ditapis .. Yang penting , ketulenan entri kita .. Ikhlas dan jujur .. Asalkan tidak memaki hamun , menjatuhkan maruah orang lain secara terang terangan ..
Sekian pendapat aku yang biasa biasa ini ..