Dalam diam tak diam . widget FOLLOWERS aku dah mencecah lebih 24 ribu .. Satu angka yang aku tak pernah jangkakan langsung .. Ok , sebelum ada yang kata ..
“Alaaa … Ada blogger lagi banyak dari tu , tak kecoh pon !! “.
Sebelum nak bunyi gitu adalah lebih baik masuk ke blog dia dan blog aku (genre) serta lihat masing masing punya gaya hidup .. Aku lelaki yang dah berumur an tahun.. Eh , tertinggal angka lak .. Dan juga dah pon beranak pinak .. Sepatutnya blogger lelaki cam aku ni , sukar untuk mendapatkan angka begitu apatah lagi aku tak amalkan I FOLLOW U …
Dulu kan , dunia blog pernah kecoh dengan isu isu seperti TRAFIK , RANKING , FOLLOWERS dan banyak lagi .. Pastu jadi laaa puak puak dalam dunia blog ni .. Tak senang nak satukan mereka ni lebih lagi bila MELAYU .. hehehe .. Maaf , kenyataan yang harus kita terima .. Bukan isu perkauman tapi inilah yang harus kita telan .. Bangsa lain , aku tak tau ..
Bercerita mengenai FOLLOWERS ni , baru baru ni aku kan ada cerita kat korang mengenai SESI DIALOG BLOGGER BERSAMA INSTITUT INTERGRASI MALAYSIA ? Ada kaann ? G cari entri tu pada Jumaat lepas .. hehe .. Rugi tak baca ..
Ok , semua blogger dikehendaki memperkenalkan diri dan ketika itu pengerusi akan tanyakan satu soalan ..
“ Berapa ramaikah followers blog anda ? “
Bila aku terdengar dia kata gitu , maka aku tersenyum .. Apakah benar FOLLOWERS tak penting ? Dan kenapa dia tanya begitu ? Untuk apa ?
FOLLOWERS adalah penting kerana mereka ini mempercayai kita .. Maksud FOLLOWERS yang aku ini adalah mereka yang rajin singgah membaca blog kita setiap hari .. Bukan peminat tetapi mereka ini seperti sudah percaya dengan kita .. Ibarat kawan rapat datang untuk berborak setiap hari ..
Itu satu kes .. Kes satu lagi .. Bila ada job job untuk blog seperti advertorial , mereka juga akan tanya dua soalan ..
“ Berapa UV harian dan juga bulanan ? “
Dan ..
“ Berapa Followers awak ? “
Tahukan korang , jika dapat job dari agensi begini , mereka akan bayar korang mengikut jumlah kedua dua tu ..
Jadi .. korang rasa penting tak FOLLOWERS ni ? Maka ramailah akan mula buat I FOLLOW U , U FOLLOW ME selepas membaca entri ni ! Kan ? Sila baca sambungan di perenggan baru ..
Selain dari tu .. mereka juga baca blog korang dan juga melihat komen komen yang ada ! Hehehe ..
Campur kan semua tu , barulah blog kita ada kuantiti dan juga kualiti .. Baru leh masyukkkk …