Hahaha .. Gila eh ? Apa nak buat .. Kiri kanan nak kena jaga.. Alhamdulillah , aku dh selamat ‘antar’ pulang orang aku yang aku pinjam untuk di bawak ke Kelantan utk hadiri majlis aqiqah anak aku ..
Dan esok pagi, nak kembali ke Kelantan sebab hari Khamis nak bawak anak isteri aku kembali ke Putrajaya .. Perghh .. Nasib baik g naik bas dan kembali naik kapal terbang ..
Tadi , aku ngan famili aku dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur melalui Terengganu .. Bertolak jam 9 pagi dan sampai ke Kuala Lumpur , 12 tengah malam ! Aku sorang je drive.. Huhuh..
Penat ? Jangan cakap laa .. Sampai sampai KL , perkara pertama aku buat … update blog dan check job job yang kena settle melibatkan blog ..
Haih.. Sapa kata senang jadi blogger full time ni ?