“ Kotornyaaa lelaki tuuuu .. Kencing kat tepi pokok tuuu .. Apaaa laa .. Tahan laaa sikit .. “
Perkara begini kadang kadang kital leh nampak di kawasan jalan raya yang terbuka .. Ada kalanya mereka melepaskan hajat di tepi pokok atau belukar berhampiran ..
Lelaki yang tengok , pasti tersenyum .. Nak kata apa kan ? Mungkin mereka memahami .. Yelah , dah tak tahan sangat ditambah lagi risau boleh kena batu karang kalau tahan lama lama terutatama yang dah season cam aku ni .. Jangan main main dengan batu karang .. Menderita okeh !
Perempuan yang tengok , kata kotor .. Kotor kenapa yer ? Dilepaskan di tepi semak atau kawasan yang bukan lalu lalang .. Kecuali memang di lepaskan di kawasan yang menjadi tempat org lalu lalang .. Haaa ..
Tak basuh ? Yeke tak basuh ? Dah perhati abis ke ? Cepat benar buat andaian eh ? Tak kisah la.. kepala kita .. pemikiran kita .. apa saja andaian , bergantung pada pengalaman hidup kita kan ?
Menarik kan ? Entri aku mengenai menyusu anak semalam , mendapat pelbagai pandangan dan ada yang ‘hangin’ tak tentu pasal .. Konon kata ianya sengaja dijadikan isu .. Padahal baca pon dia tak faham terus nak melenting. Tapi ada yang mmg bijak dalam memberikan komen .. sangat bernas sekali. Aku tersenyum membacanya ..
Mana boleh kaitkan menyusu anak dengan melepaskan hajat !! Tak sama !! Mudah je .. dua dua adalah tuntutan manusia .. Tak boleh lari ..
Kadang kadang kita tak berlaku adil dalam menilai seseorang tetapi bila kena kat kita , cepat benar nak ‘bertekak’ .. Buka mata , fahamkan .. Kita ni manusia .. Pandang kiri kanan . Kita bukan hidup seorang diri.. Kita hidup bermasyarakat ..