“ Kehilangan misteri tiga kanak-kanak lelaki sejak Sabtu lalu terjawab apabila mangsa yang dijumpai selamat mengaku ‘mengembara’ menaiki basikal sejauh lebih 30 kilometer untuk mandi di air terjun serta berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Jelapang, Ipoh, di sini.
Tiga kanak-kanak itu, P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen masing-masing berusia 12 tahun turut memberitahu tidur di kaki lima sebuah stesen minyak selepas bimbang ditahan polis.
Ketiga-tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, di sini, mencetuskan panik ibu bapa dan pihak sekolah selepas dilaporkan hilang sejurus keluar dari rumah mereka di Taman Lintang, di sini, jam 7 pagi Sabtu lalu, sebelum ditemui semula kira-kira jam 7 malam kelmarin.
Mereka mendakwa mahu pergi ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan bagaimanapun tidak pulang ke rumah hingga lewat malam sebelum ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput berikutan bimbang pelajar itu menjadi mangsa culik. “ –Hmetro
Kanak-kanak semasa membesar punya jalan cerita hidup yang tersendiri . Zaman ni , ramai ibu bapa memilih dengan mengawal anak mereka dengan ‘meletakkan ‘ dalam rumh dan dibagi permainan video mahupun komputer atau apa saja asalkan tak keluar rumah bermain. Alasan , bahaya !
Ada betulnya . Sewaktu zaman aku dulu , aku dan rakan rakan sendiri merayau terlalu jauh dari rumah hingga bermain di tepi lombong dan juga hutan belukar. Siap buat khemah dalam hutan lagi .. Dan aktiviti aku tu tak diketahui ibu bapa aku ! Mujur malang tidak menimpa kitorang .. Namun aku tetap utamakan langkah langkah keselamatan seperti tidak mandi lombong dan sebagainya tetapi ia tetap satu perbuatan yang salah .. Kesian kat mak ayah kalau jadi apa apa kn ?
Tapi jika mengongkong anak di rumah saja dianggap jalan terbaik , bagi aku , salah juga tu .. Anak anak pasti memberontak. Sekali terlepas, mereka akan gunakan dengan sebaiknya. Bagi aku , sebagai ibu bapa , kita kena dedahkan mereka dengan persekitaran mereka dibawah kawalan kita. Contoh , bawa mereka bermain bolasepak di padang dan kita sendiri turut main bersama.. Ajak beriadah di tepi pantai bersama sama dan ajar tentang bahayanya air ( sungai / laut / kolam ) jika tidak tahu berenang atau sebagainya ..
Yang penting , sebagai ibu bapa , mata jangan lepas langsung dari anak anak kita .. Aku bukanlah cakap pandai tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku sebagai kanak kanak yang pandai menyembunyikan aktiviti aku dari mak ayah. Dan bukan aku seorang saja yer ! Aku pasti ramai antara kita , macam tu gak kan ? a