Mula mula masa wife cadangkan aku untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan pemeriksaan kesuburan , aku amatlah malas.. Aku spesis malas jumpa doktor .. Nak tunggu tuuu tu yang buat malas bebenor ..
Tapi mengenangkan wife asyik bermuram durja jer , aku pon ok je laa .. Letih nak tengok mula welfare dia setiap malam dan kesayun dia bila bercerita mengenai teman teman yang dah dpt baby ..
Pada mulanya dia sangka aku tak nak kerana ego atau takut akulah puncanya .. Mana tau aku tak subur kan ? Tapi bukan itu alasan aku.. Aku yang ada darah tinggi ni pon malas nak dptkan rawatan kecuali nak MC je baru aku g jumpa doktor ..
Dan bila dah check , punca bukan dari aku atau dia . Cuma masalah kecil dan berjaya diatasi dengan sedikit pembedahan ke atas isteri .. Syukur , alhamdulillah segalanya selamat dan muncullah Qhaliff..
Ada aku dengar cerita dari rakan yang mana , suami mereka tak nak pergi jumpa doktor. Beria diorang taknak .. Alasan mereka , mereka takda masalah jadi tak perlu pergi. Akhirnya , si isteri laa jadi mangsa. Merekalah yang berusaha pergi berurut , g mandi bunga laa .. atau nak lagi best , ada siap ke Bali atau Tasik Dayang Bunting untuk ‘ambik berkat’ !! Haishhh .. sampai gitu sekali ..
Perlukah ego lelaki sampai ke tahap ini ?? Kalau ada masalah sekali pon, ubatilah .. sama sama susah senang. Andai si isteri meletakkan punca tkde zuriat kerana si suami mandul , berbincanglah secara baik atau jumpa pakar .. Zaman ni , segala tiada mustahil lagi.. Lelaki pon dah bizi nak mengandung walaupun itu dah mengarut la sangat !
Tak perlu ego laa .. Usaha tangga kejayaan. Secara tidak langsng , kasih sayang bertambah erat bila masing masing tolong menolong dan saling berbincang mencari penyelesaian masalah ..