TV1 ..
TV3
Ada lagi sebenarnya cerita pasal blog cam di majalah RAPI dan INTREND ..
Banggakah aku menjadi suri rumah ni ? Sebenarnya aku lebih berbangga jadi blogger ni sebab tulisan aku dibaca .. Dulu , tulisan aku yang baca cumalah cikgu dan kemudian mereka bagi markah .. Sekarang ni ?
Dan paling best , setiap pendapat aku dapat dikongsi bersama dlm blog ni .. Bab suri rumah ni , ramai lelaki dah buat.. cuma tak dihebohkan jer … dan ada yang segan nak akui ..
Walaupun dikatakan suri rumah , aku tetap tak dapat gantikan suri rumh yang sebenarnya .. Tugas aku di rumah paling utama adalah Qhaliff .. Di samping tu barulah buat kerja kerja basic seperti mengemas dan membasuh baju .. Selepas tu , baru aku sambung kerja .. Seperti yang korang tau , kerja aku dah bermula awal pagi dan berakhir di penghujung hari .. Penat kepala otak je tapi aku puas ..
Alhamdulillah , apa yang aku nak buktikan , dah aku buktikan.. Sekarang ni aku cuma perlu kekalkan atau tingkatkan lagi .. Aku boleh , korang lagi boleh !