" BANYAK betul blog hiburan kebelakangan ini yang Cik Normah tengok copy, paste berita yang dikeluarkan dalam akhbar atau majalah, dan kemudian mereka buat olahan sendiri. Ada ayat yang diguna begitu keras serta mampu membuatkan orang tersinggung.
Cik Normah tidak menafikan, dari segi gaya penulisan, segelintir penulis blog ini tidak mempunyai etika, sebab itu mereka tulis ikut sedap mulut saja, tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. " - NORMAH BECCOK BERITA HARIAN . “ – Normah Becok BERITA HARIAN
Sebenarnya isu yang diceritakan dalam kolumn dia tu lain , tapi intro dia menarik perhatian aku memandangkan aku ni pon blogger gak ..
Mula mula dulu aku berblog , aku mmg cari artikal artikal yang menarik untuk aku simpan dalam blog aku .. Antaranya artikal agama , berita semasa dan sebagainya .. Bab mengolahnya , aku lebih gemar pada entri berita semasa dan hiburan .. Sebab aku menyuarakan pendapat aku pada artikal tersebut terutama hiburan ..
Tapi berpada pada la kan .. Kalau nak bagi pendapat atau kritik , jangan la sampai terlupa adat menulis .. Jangan la sampai menjatuhkan maruah , menulis tanpa ada bukti atau fakta sebenar atau mencaci maki .. Kena bijak la sikit ..
Ada yang rasa konon nak berterus terang atau jujur .. Kena tau gak tahap kejujuran tu .. Bukan main lepas jer .. Kalau ikutkan nak main jujur , lama dah kita sendiri kena maki dengan kengkawan kita .. Kita sendiri pon tak sempurna mana tapi beria nak maki orang !
Jaga bahasa wahai bloggers ..