Bila nampak je Qhaliff mula hisap jari seperti dia cuba menyusu badan , aku jadi kesian .. Pada pandangan aku ketika tu dia mungkin kelaparan dan nakkan susu .. Maka aku pon cari la mak diaaaa .. Kalau mak dia takde , maka stok susu perlulah mencukupi. Kalau tak cukup ? Takkan nak bagi susu aku kan ? Giler ke apa ? Kang jadi bodybuilder lak si Qhaliff ni ..
Apakah kelakuan Qhaliff ini normal diketika usia 2 bulan lebih ni ? Aku beranggapan dia nak tumbuh gigi dah tapi tanggapan aku ni dibantai gelak dek adik aku .. Dia lebih percaya pada orang tua punya cerita berbanding pada perubatan moden yakni mmg normal !
“ Tindakan bayi menghisap jari tangan bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. Jangan terkejut pula apabila puan akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa. Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan. “ – sumber : PaMa
“ Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat
membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi
anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal.
Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.” – sumber dari momslittleones.
Kajian kadang kadang perlu dibuat memandangkan internet dh ada depan mata .. Apa guna tablet tau hp yang canggih canggih tu kan ? Ni la masa untuk menggunakannya ..
Skang , aku leh cool bila tengok Qhaliff dok sental tangan dia ke dalam mulut dia .. Yer , aku pastikan jari jemari dia tu bersih .. Terima kasih atas keprihatinan anda ..