“ Tu diaaa .. Qhaliff mula dah meleleh air liur .. Dasat aihhh … Ni mesti mak dia kempunan apa apa masa mengandung dulu ! “
Pasti korang yang bergelar ibu bapa pernah mengalami situasi gini kan ? Bila nampak baby kita berbuih buih belon air liur di bibirnya , maka keluarlah pelbagai dalil serta hadis yang entah dari mana datangnya .. Yang ketara dipersalahkan , nenek moyang laaa ..
Betul ke si mak kempunan ? Contoh wife aku laa , bila si Qhaliff mula main air liur lalu ada la insan berkata seperti tajuk di atas .. Benarkah ?
Satu fakta yang menarik aku jumpa sewaktu mencari maklumat mengenai air liur baby niehh ..
“ Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu. “. Sumber – Adriea
Amacam ? Nak percaya atau tidak , terpulang pada masing masing .. Bagi aku , ibu mengidam ni bukan semua benar benar mengidam .. Ada yg terikut nafsu akibat bisikan syaitan . Asal nak makan , kata mengidam .. Kira amik kesempatan .. Tamo la gitu eh ? Sian kat laki tu .. Banyak menda lain nak difikirkan .. Dan ada yang benar benar mengidam.. Yang ni ok la.. Tapi jangan sampai mengidam benda haram ,dah laa .. yg tu mmg kerja syaitan !
Wallahualam ..