Selesa benar tmpt meyusu ni .. Dah bagi susu bdn , bg yg stok dlm botol .. Jap lagi sambung shopping , tkde le nak teriak .. kan Qhaliff kan ?
Published with Blogger-droid v2.0.6
Selesa benar tmpt meyusu ni .. Dah bagi susu bdn , bg yg stok dlm botol .. Jap lagi sambung shopping , tkde le nak teriak .. kan Qhaliff kan ?
Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui ..
Kita yg kerdil ini , selalu bertindak seolah olah punya satu kelebihan atau rasa lebih bagus dr orang lain sedangkan tidak sama sekali ..Lalu mula mendabik dada dan angkuh .
Bukannya takda manusia yg lebih bagus dari kita tp mereka memilih utk berdiam diri saja.Merendah diri ..
Kita bagaimana ? Apakah kita ini sombong atau lebih mulia dr org lain lalu beria ria menuding jari utk beritahu akan dosa orang lain sedang Allah sendii menunggu hari akhirat utk membicaranya.
Adakalanya kita terlupa kerana kita terlalu ikutkan nafsu walaupun punya akal utk mengawalnya.Sebab itu kita punya ' masa' utk memperbetulkan.
Jadi , sama sama kita cermin muka sebelum nk tuduh org lain ' huduh ' ..
Ahaaa .. Teringin nak tukar jubin yang lebih terkini , menarik dan cantik ? Ok , sebelum tu aku nak tanya .. Korang tau pasal Curious Cat ngan MML tak ? Kalau tak , apa kata korang baca dulu pasal tu sebelum sertai pertandingan yang akan aku ceritakan sekejap lagi ! Klik Curious Cat , bukan sebarangan kucing !
Baca dah ? Ok.. skang kita ke tajuk utama .. Inginkan jubin baru di rumah anda , percuma ?? Bukanlah percuma camana pon .. Kenalah masuk pertandingan yang dianjurkan oleh MML ni .. Camana nak join ? Apa syaratnya ?? Dan hadiahnya , beberapa pemenang bertuah akan dapat berupa pemasangan tiles secara percuma di ruang tamu , porch atau bilik air !!
Caranya , mudah jer .. upload 5 keping gambar bilik air , ruang tamu , porch yang korang rasa ‘bermasalah ‘ dan perlukan diperbaiki .. Gambar gambar tu mestilah kualiti gambarnya sangatlah jelas ..
Pemenang akan diadili melalui dua cara .. Pertama , undian dari orang awam dan kedua , melalui penganjur iaitu MML dan Malaysia Mosaics Berhad.
Pastikan pengundi korang ‘membuang ‘ undian di Facebook CURIOUS CAT dan Retweet . Tapi sebelum itu , pastikan korang isi borang peraduan di SINI dan membaca Term and Conditions di SINI .
Jom join dan semoga berjayaa !!
Jangan lupa yer ! Semua penyertaan perlu dimuatnaikkan sebelum 8 Julai 2012 , sebelum tengah malam tauuu .. cepat , cepat, cepattt …
Baru-baru ni , aku ada terima satu jemputan dari MR.BEAN untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan minumn berasaskan soya di premis mereka ..
Mula mula aku ingat , MR.BEAN ni ada kaitan dengan pelawak tu haa tapi selepas buat sedikit buat sedikit reseach di internet , aku baru tau apa itu Mr.BEAN ni ..
MR.BEAN amatlah popular di Singapura yang mana telah mempunyai lebih 60 outlets dan 3 outlets di Jepun China, Korea Selatan dan juga Filipina. .. Amacam ? Tak caya eh ?
Bila sampai je situ , aku teruja untuk menikmati segala apa yang ada kat situ . Bukan sebab lapar tau dahaga tetapi sebab semua nampak sedap .. Heheh ..
Jadi , aku order la 2 jenis air soya ( bergula dan kurang gula ), tembikai soya , tau fu fa ..pencake dan soya bubbles .. hehe .. Yummyyy …
Nampak cam manisss je kan air soya ni kan ? Setelah aku rasa kesemua ni kan , memang mampu hilangkan dahaga tanpa ulang minum lagi .. Kira berbaloi untuk mereka yang tersangat dahaga ketika tu …
Kalau sapa yang tengah diet atau jaga kesihatan , kita ada pilihan untuk menyukat gula .. hehe .. Sebut je berapa peratus gula nak dlm dlm air soya tu .. huhu ..
Pencake yang berasaskn soya ni ada byk perisa .. Aku cuba double choc , cheese dan caramel .. Aku suka caramel .. Heheh .. Selera aku … Tpi , semua abis aku telan … Sememangnya aku sukakan makanan berasaskan soya ..
Macam macam lagi sebenarnya ada dijual kat MR.BEAN di The Curve , Damansara ni dan aku confirm korang pasti tak tau nak pilih apa tetapi jangan risau mereka confirm akan bantu korang untuk pilih apa yang korang nak .. Yang pastinya ,mereka amatlah peramah ! Takde nak sakit hati la bila nak beli air atau makanan kat sini ..
Ais krim pon ada okeh ! Ice Blended .. serius , macam macam laa.. Nak tulis dalam ni , berjela jadinya ..
Kat sini , kita ada pilihan .. Nak bersantai kat situ atau takeaway jer .. Best kan ? Kalau untuk mereka yang gemar online di mana mana saja cam aku ni , sesuai la lepak sini untuk update blog ..
Sewaktu minum air soya tu , ada aku tanya dia .. Apakah keistimewaan soya keluaran MR.BEAN NI ??
Segalanya ada segar ! Contoh , air soya la kan … bukan jenis guna perisa atau pewarna sebaliknya mereka gunakan soya yg diimport khas dari Amerika Syarikat. Haa.. kiranya mereka terus kisar dan jadikan air soya masa tu gak. Dan , mereka tak simpan baki makanan atau minuman hari ini utk esok .. Nope ! Mereka pastikan pelanggan akan senantiasa dapat yang terbaik dan segar .. Best kan ?
Harga ? Sangat berpatutan .. Contoh satu cup soya fresh tu kan , baru RM3 .. haaa .. ok la kan ? Standard masa kini .. Bukan guna perisa atau pewarna pon .. Original soya okeh ( Premium Grade 1 dan Non Genetically Modified - NGMO ) .. Pastu gula lak , guna brown sugar ..
Dan buat mereka yang gemar simpan cenderahati , heheh .. MR.BEAN pon ada jual cenderahati yang menarik !
Kalau nak tau dengan lebih lanjut atau nak tengok lagi apa yang ada dijual kat kiosk MR.BEAN ni , bolehlah ke fan page MR.BEAN atau ke laman web mereka ..
FACEBOOK : https://www.facebook.com/mr.bean.com.my
Nampanya Qhaliff dah mula ada perasaan ingin tau terhadap sesuatu objek yang ada di depan mata dia terutama yang bergerak . Teringin dia nak memegangnya.. Betulkah ?
Nak capai guna tangan , tak termampu lagi.. Last last , bagi tendangan tanpa bayang jer laa …
Wife bagitau Qhaliff bangun awal pagi tadi.. Semalam pon dia tidur awal sbb penat berjalan jalan dengan daddy dia ..
Kul 5 pagi dia bangun ! Tersengih sorang sorang , takde sapa nak layan .. Daddy ? Lena diulit mimpi la Qhaliff .. Nak bukak mata pon tak leh sbb semalam tgk moive The Case of Benjamin Buttons .. Best la pulak .. huhu ..
Ni baru lepas mandikan dia .. Kalau wife dah start keje , gamaknya makin awal lagi dia mandi. Kalau nak harapkan aku mandikan dia , gamaknya ngan aku aku sekali mandi !
Tu belum part BAB ! BUANG AIR BESAR .. Huhu .. kena pakai topeng gas untuk settlekan keje .. Maka kita sebenarnya terhutang budi dengan mereka yang bekerja di bahagian pembentongan najis kerana memastikan segalanya berjalan dengan lancar sekali.. Rumah pon takde tersumbat kan ? Haaa..
Qhaliff tidur dah .. rasa .. rasa.. macam nak kejutkan diaa jer .. Boring lak bila dia tidur .. Takde orang aku nak kaco .. Mak dia ? Aku ? kaco ? Cari nahas le tuh .. huhuh
Psst .. Qhaliff .. bangunn .. bangunnn .. jom layan bola .. England lawan Malaysia malam ni .. best wooo .. Dollah Salleh main jadi goal keeper .. Bangun ler ..
Ramai yang keliru apa itu domain dan apa itu hosting. Untuk entry kali ini aku ingin berkongsi lah sedikit apa maknanya domain dan apa maknanya hosting.
Domain:
Domain merupakan url atau link sesebuah website seperti domain.com, benashaari.com, namaanda.com. Domain ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan manusia untuk mencari dimana lokasi web anda berada. Untuk lebih jelas tentang ini sila baca sampai habis.
Hosting:
Hosting merupakan tempat simpanan data untuk web anda, gambar, video, lagu dan sebagainya untuk web anda. Setiap hosting mempunyai satu ip address seperti 192.168.1.1 . IP Address seperti ini sangat susah untuk diingati oleh manusia. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia senang mengingati perkara yang senang disebut berbanding huruf yang ntah pape itu.
Untuk membina satu laman web, Hosting dan domain saling memerlukan. Berikut merupakan sedikit contoh untuk mudah faham.
Ada Domain Tetapi Tiada Hosting?
- Tidak mungkin terbentuknya sebuah web. Ibarat Ada Nama Tapi Tiada Jasad. Walau bagaimanapun. Sekiranya korang blogger yang menggunakan blogspot. Anda boleh Guna Domain untuk Hostkan Pada Blogspot. Rujuk Entry aku yang lepas .. Klik SINI ..
Ada Hosting Tetapi Tiada Domain?
Ada Hosting dan Ada Domain?
- Web dapat dionlinekan dan pengunjung boleh memasuki web anda dengan menaip nama domain seperti namadomain.com
Untuk mendapatkan domain dan hosting layari www.mtasolutions.com.my
Aku spesis susah nak senyum . Tapi kalau dh start senyum , aku akan sentiasa senyum sampai orang nak menyampah tengok .. hehe ..
Setiap pagi , bila bangun tidur , aku akan tengok muka Qhaliff .. Bila dia sedar , dia akan pandang sana sini dulu . Kemudian baru tengok muka ayah dia .. Selagi aku tak senyum , selagi tu dia pon wat dek .. Nak tak nak , aku senyum dulu kat dia .. Kemudian dia akan balas dengan satu senyuman yang cukup buat aku rasa bertenaga penuh .. Menakjubkan bukan ? Satu senyuman mampu buat seseorang itu berubah mood ..
Sesungguhnya , ciptaan Allah yang kecil ni sebenarnya mengajar kita yang kononnya dewasa dan matang ini erti kehidupan .. Mereka pembersih berbanding sesetengah orang dewasa yang tak reti langsung jaga kebersihan .. Dan banyak lagi sebenarnya .. Kita hanya perlu buka mata dan berfikir ..
Kehadiran Qhaliff sebenarnya membuatkan aku rasa lebih berseri. Betullah kata mereka yang berpengalaman , anak kecil ni banyak karenah tapi merekalah yang buat kita tersenyum senantiasa ..
Tak caya ? Cubalah ..
Baru balik dari event di The Curve .. Ramai blogger gak tadi g sana .. Sempat gak la berbual dengan dua tiga orang .. Nak borak ramai ramai , segan lak aku .. Maklumlah , kita ni blogger biasa biasa jer ..
G tadi kul 1030 dengan kawan blogger yang tinggal berdekatan dengan aku .. Jadi g sekali la.. Que Achmad ..
Dalam kereta , macam macam dibualkan kitorang .. Antaranya pasal sakit hati dengan manusia lain .. Hehehe .. Tersenyum je aku .. Inilah lumrah dunia maya ni .. Berani bila pakai topeng .. Tapi tak kisahlah .. selagi manusia punya hati dan nafsu , maka itulah yang kita ‘rasa’ setiap saat ..
Aku sendiri cerita kat dia mengenai asam garam aku selama aku berblogging ni . Macam macam karenah ada .. Tapi aku terus lalui juga kerana ‘dah biasa’ dengan semua ni walaupun di dunia nyata sekali pon ..
Berpegang pada ‘ Rasulullah s.a.w sendiri pon ramai punya musuh sedangkan baginda mempunyai akhlak yang mulia , inikan pulak aku .. Jadi , persetankan saja mereka yang tak suka kita tu selagi kita tak buat kesalahan atau dosa .. ‘
Sesampai je rumah , terus cari Qhaliff ..Layan Qhaliff lagi best !
Tahniah Aaron Aziz .. Selamat menjadi rakyat Malaysia . Best pe jadi rakyat Malaysia ni .. kan kan ? Katanya , lama dah dia dpt status tu.. Bulan Jun lagi.. Tapi saja je dia diam .. Waduh , berlakon lagi ya pak ..
Jadi , harap segala kekecohan tu , diam la yer . Aku pon boring gak dok baca isu isu artis ni .. Apa pon , bila dah jadi penduduk tetap , jangan la lupa asal usul eh ? Tetaplah pandang ke bumi yer pak ..
Rezeki ada di mana mana .. Cari dan buat betul betul . Sapa rajin , dia dapatlah kan ? Buat pelakon luar yang nak status PR ni , cepat cepat la mintak .. Kerajaan tengah baik hati ni … kan kan ?
Dato’ Aaron Aziz ? Perghh… tak mustahil kan ..
Setelah hampir sejam berlalu , baru aku perasan yang si Dibah ni dilakonkan oleh si cantik manis , Neelofa .. Auww .. Hahaha .. Selain dari dia , Intan Ladyana , Qi Razali dan ramai lagi ..
Best ke ? Ok la drama ni . Kira sejak mula dia main kat tv , aku boleh buat macam macam kerja seperti tukar pampers Qhaliff , buat photoshoot ngan Qhaliff , pujuk Qhaliff nangis , buat maggie goreng dan sempat gak la overhaul enjin kereta jiran sebelah ! Tu pon tak abis abis lagi drama ni .. Memang power la drama ni ..
Bila aku perati betul betul drama ni kan , tau apa yang buat spoil ? Lagu latar dia !! Lagu dia mmg bikin mood hancus .. Serupa tengok drama bisu Charlie Chaplin .. Haih..
Kot yer bajet sekali pon , jangan sampai gitu sekali . Bayar je la royalti lagu lagu yang sedap sikit untuk naikkan mood penonton .. Drama ni diselamatkan oleh Neelofa . Kalau takde , confirm ramai tukar channel lain ..
Rugi malam ahad aku layan drama bajet camni .. Best lagi petang tadi punya drama , Darah Putih Jambu .. kot ? Kat tv2 ..