Gambar ni diambil dari FB kakchik ( Norzaila ), 2 hari lepas tak silap aku .. Aku baru jer lepas lawat Aiman di Hospital Sungai Buloh .. Maknya blogger Kak Chik Ella ( Dari Jari-Jari Halusku .... ) serta ayahnya pon ada ..
Aku dapat tahu berita ni pon dari Mat Gebu yang tegur aku di FB semalam .. Bila check di wall Fb kak Chik untuk kepastian , baru aku tau berita ni benar .. Kemudian aku sms KC untuk dapatkan maklumat lanjut ..
Dan , aku serta keluarga aku datang lawat .. Alhamdulillah , hari ni Aiman dah sedar dan boleh bergerak. Bercakap tu , tak boleh sebab ada menda tuu haa ..Aku tak tau apa namanya ..
Sama sama kita doakan kesejahteraan dia .. Oh , Aiman eksiden sewaktu pulang dari sekolah .. Dilanggar basikal .. Selebihnya , biarlah maknya cerita sendiri..
Semoga cepat sembuh , Aiman ..