Mereka sedar dan sanggup buat apa saja asalkan dapat menonton setiap perlawanan atas alasan minat ..
Namun kerana minat itu ramai yang tak sedar telah melakukan ‘sedikit ‘ kesilapan seperti bertaruh dan berjudi, lebih banyak cuti sakit, ponteng dan ramai yang lewat ke tempat kerja.
Dan paling menarik , anak gadi suka tengok pemain pemain bolasepak yang hensem hensem dan sasa .. kan ? Tak salah .. tak marah .. tak jeles .. tapi sedar ke tak sedar ? Nampak ke nampak ?
Kalau lelaki tengok perempuan main bola jaring , apa perempuan fikir ? Hehe .. Jangan marah .. Sesekali kena sedar yang kita ni ‘dipergunakan’ mereka … Berjaga setiap mlm untuk layan bola selama sebulan..
Berapa ramai akan berjaga malam setiap hari Ramadhan untuk tengok dan menghayati solat terawikh di Mekah ?
Tak perlu nak marah n terasa .. Kita sama je .. sesekali korang ingatkan aku dan aku ingatkan korang . Aku lama dah rasa menyesal sbb dok layan bola memalam terutama dok lepak kat kedai mamak .. Menguap tapi paksa tengok.. Abis perlawanan , suka pasukan feveret menang tapi aku dapat apa ? Ada ke pasukan tu bank in kan duit kat aku kerana sokong mereka ? Kalau negara sendiri , ok la gak.. Ni tak pon .. hehe ..
Sekadar pendapat jer ..