Sejak Qhaliff cecah 3 bulan pada Isnin lepas , aku perhatikan tidur dia di waktu siang ..Paling lama dia dapat tidur , 2 jam kemudian jaga .. Bila jaga , mood dia ok sangat .. Kira leh senyum dan main tu , ok la kot .. Yelah , nak kasi tidur lebih 2 jam , risau lak lebih lagi belah siang .. Belah malam sesekali je dia terbabas lebih 2 jam .. Apakah normal bayi terjaga 2 jam sekali ?
“ Jumlah waktu tidur antara 10½ sampai 16½ jam. Beberapa bayi bahkan dapat tidur nyenyak antara 6-8 jam pada malam hari. Sebagian besar bayi melakukan 2-3 jam tidur siang. “ –Infobunda
“ Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam. “ – BabyCenter.com.my
Tuuu … Qhaliff dah bangun .. kena layan dan borak dia ngan dia ni … huhu .. Terjawab sudah ? Perghh .. Entri aku skang ni pasal Qhaliff jer .. Nanti Qhaliff leh citer pasal ayah dia lak eh bila dah pandai menaip .. kan ? Huh .. no noo … Tak leehh .. bocor rahsia daddy suka kentut merata rata nanti .. huhu ..