Mengantuk giler !! Wife duduk kat belakang ngan Qhaliff . Aku keseorangan di depan . Radio lak , jap ada jap takde .. Nak pasang cd , player lak dah rosak . Huhu.. Nak tukar set baru , malas lak .. heehhe .. Duit semua tuuu .. Berjimat skang ni .. Banyak benda lagi penting nak diutamakan ..
Bertolak dari KL selepas subuh , keadaan mendung saja .. Sejuk gitu .. Bila dah masuk Kuala Lipis , cuaca semakin hangat .. Aku mula menguap . Berbekalkan Red Bulls 3 tin , tak dapat menghalang mulut aku dari dok menganga ..
Berenti dan tukar driver 2-3 kali. Aku sempat rehat dan lelap dalam 20 minit gitu .. Pastu kembali drive sbb Qhaliff menjerit .. heehe .. Ok la tu .. Tapi tak lama kemudian mengantuk semula .. huhu ..
Terus terang , ada la 3-4 kali terlelap .. Betul puas paksa mata ni haaa .. Akhirnya wife bagi burger Mcdonalds .. Hahaha .. Cerah terus mata dan kembali memecut hingga sampai rumah mak mertua ..
Alhamdulillah .. Perangai gini jgn dibuat .. Memang aku berenti bila mengantuk.. Tidur jap tapi bila kat tempat tempat tak boleh berenti , camana nak berenti kan ? Haaa ..