Alhamdulillah .. sampai dah rumahhh … Tapi sewaktu menjejakkan kaki ke Putrajaya , aku teringatkan satu entri terbaru seorang rakan blogger yang tinggal di Putrajaya .. Gulp .. Hantu Pontianak Mata Merah Di Putrajaya? | Que Achmad ...
Tapi aku diamkan jer .. Memandu dengan berhati-hati … Dalam hati ? Huhuh…
Sesampai je depan rumah , aku parking kereta di laman dan mengucapkan syukur pada Allah kerana melindungi kami sekeluarga sewaktu pergi dan pulang dari segala kecelakaan .. Tiba-tiba ..
“ Abang , Qhaliff mengilai laakk .. Mata terpejam .. “ . Wife ketawa kecil ..
Huh ! Berderau darahhh aku kejap .. Aku bukak pintu , dan segera ke belakang .. Tengok Qhaliff .. Aku cium pipi dia .. Dia terjaga .. Aku pandang wife ..
“ Dia jaga laa .. “. Aku cuba cool ..
“ Taakk … tadi dia tidur .. mimpi la tuu .. Mengingau ! “ .. Wife beria benar ..
“ Iskh .. dah dah .. g masuk .. Biar je abang kemas semua ni .. “ . Perintah aku ..
Wife ke dalam dan siapkan tempat tidur … Cam biasa , mereka tidur berdua .. Aku tidur kemudian .. Nak siapkan kerja skit..
Aku masih tertanya-tanya .. Benarkah Qhaliff mengilai ???
Teringat tadi aku singgah umah mak aku … Dia dok main ngan mak aku .. Tak puas main la tu sampai terbawak dalam mimpi ..
Jawapan aku pada soalan aku di dalam hati .. Nak sedapkan hati aku kah ?