“ Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.
Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’ Apabila ia semakin membesar dan berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.
Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.
Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.
Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.
Yvonne yang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang berkata, Isabel kini hanya mempunyai telinga sebelah kanan dan parut yang besar pada mukanya.
Doktor juga memberi amaran, kanak-kanak itu juga mungkin tidak boleh bercakap dan berdepan dengan masalah bahasa pada masa depan . “
Artikal penuh di HMETRO.
Hurmm .. Aku malas nak tuding jari kat mana mana pihak .. Bukan tak pernah berlaku kes kes ‘tengok sebelah mata’ ni .. Pernah .. Bila pergi jumpa doktor , dia kata demam biasa .. Seminggu kemudian , ICU .. dan seterusnya , meninggal dunia .. Punca ? Denggi .. Hurmm .. Tu berlaku pada arwah sepupu aku ..
Patutnya doktor yang sekadar jadi doktor ni perlu lebih bekerja dengan lebih tekun bila memeriksa pesakit terutamanya yang di klinik swasta ni .. Servis takat pegang dahi , cek denyutan jantung .. Tu jer.. pastu suh amik ubat kat luar ! Bukan semua kan ? Tapi yang segelintir tu yang merosakkan profesion doktor ni .. Lagi pon , doktor pon manusia biasa jer ..
Kita , sebagai orang yg tak de ilmu perubatan ni kena senantiasa alert terutamanya pada bayi kita .. Kadang-kadang nampak je ok .. Atau demam biasa .. Sebaiknya , rujuk pada yang lebih pakar .. jangan memandai .. Huh..
Nasihat untuk aku gak ni .. hehe ..