“ Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya. “ - UTUSAN
Antara tweet aku semalam hingga aku tertidur ..
“ Dgr kata tahun depan handphone boleh bawak g sekolah ek ? Apa kata benarkan saja bawak maid atau bodyguard skali ? Baru best g skolah ! “
“ Tahun depan harap ada baucer pelajar utk beli handphone lak ! Tahun ni beli buku. Tak pun , bg je handphone 1Malaysia ! Undilah BN !! “
“Tahun 2013 . "Cikgu , cikgu ... Isabelot menangisss .. Handphone dia kena curik !! "
“ Tahun 2013 .. " Cikgu , saya dah follow cikgu kat Instagram.. Cun la awek cikgu .. I likeee .. "
“ Tahun 2013 .. " Cikgu .. Amat ngan Acong gaduh ! Diorg berebut nak charge handphone .. "
“ Tahun 2013 .. " Cikgu rotan saya , sayaaa tweet PM ! Siap letak hastag kementerian pelajaran lagi , ok ! Cuba laaa rotaan .. "
“ Tahun 2013.. " Eh , korang kalau nak cakap ngan aku , korang WHATSAPP je tau .. kalau kita ckp , ketua kelas tulis nama kita kita nanti.."
Gambar hiasan
“ Geng .. cikgu dok tidur .. amik gambar cepat .. Leh upload ke FACEBOK “
Pendapat aku la kan .. Lebih banyak buruk dari baik . Masalah masalah baru akan muncul . Amik contoh paling mudah .. Pelajar akan jadi sasaran penyangak ! Sekarang ni pon golongan dewasa dirompak , diragut secara terang-terangan , bayangkan pulak budak sekolah ! Dengan wujud gengsterism disesetengah sekolah atau pelajar pelajar nakal , pasti gadget mereka menjadi sasaran .
Kebaikan , cuma ibu bapa atau guru dpt mengawal anak mereka di sekolah .. Keburukannya pula bagaimana ? Takkan nak biarkan anak anak kita menjadi sasaran penyangak ? Ingat , penyangak buat kerja dulu baru fikir ! Maknanya , mereka akan sasar je sapa sapa asalkan pelajar sekolah dengan beranggapan , dalam beg mereka ada telefon bimbit atau ipad ! Camana tu ?
Ada yang akan kata , “ Ala .. yang tak mampu tu , tak payah la bawak atau beli .. Yang mampu je buat semua ni .. “ kan ? Apakah anak anak kita nak telan air liur je bila tengok rakan rakan mereka ‘bergembira’ belajar menggunakan gadget ? Pasti dalam diam akan memaksa mak ayah mereka kan ? Maka tergaru garulah kepala selepas ni ..
Pasni , anak anak kita pasti akan lebih terdedah pada bahaya kerana mereka punya barang berharga yang sering menjadi sasaran penyamun ! Buka mata dan lihat masalah sosial yang sedang berlaku sekarang !
“ Maaakkkk .. cikgu rotan baby tadiiii .. “
“ Kita kena berfikiran positif “. Betul .. Sapa nak tolong fikirkan yang negatif tu memandangkan byk menda negatif sedang berlaku skang ni ?
''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.”
Bayangkan kalau keluarga yang tak berkemampuan .. Takkan kerajaan nak bagi hanphone dan Ipad 1MALAYSIA ? Tak galakkan membeli ? Jadi ketinggalanlah anak anak itu ? Haihh …