Dok pk pk nak update ke tak ? Tak pe la .. Update mengenai jalan cerita tu serta lakonan hebat dari Fizz Fairuz dan Sherie Merlis .. Dua dua pelakon ni , mmg aku minat lakonan mereka. Kira takde harap pacak muka atau nak seksi tak kena tempat .. Pengarah , aku tak sempat tengok sapa .. Tapi tahniah laa .. Jauh lebih baik dari filem filem zaman ni yang punya pengajaran yang cukup mendalam .
Pastinya , selepas cerita ni ramai akan mula tertanya tanya terutamanya si isteri .. Nak ke tak nak mintak maaf ? Lagi pon bukannya dia ada banyak buat dosa berbanding si suami ? Maka , tertangguh laa segalanya hingga tunggu hari raya untuk bersalaman serta berbaju baru dan meminta maaf sambil mengalirkan air mata . Tu pon jap jer .. Lepas kena gelak , ilang dah air mata keinsafan tu .
Berbalik pada cerekarama tadi , lagu latar mmg membuatkan lagi cerekarama Perempuan Neraka ni bertambah memilukan . Dan serius aku katakan apa yang dipaparkan tadi , mmg sedang banyak berlaku di kalangan kita .. Yelah , si isteri mula besar kepala hingga terlupa status si suami ni .
Aku bukanlah nak menuding jari kat si isteri je .. Benar , si suami pon ada gak kelemahannya tapi kita amik la pengajaran cerita ni untuk memperbaiki kesilapan masing masing . Bukan nak ego atau mencari salah sapa sapa .. Yang penting , kita tak bawak masuk dosa terhadap suami atau isteri ke dalam kubur nanti ..
Dan suami pon , kot yang sayang sangat kat isteri tu .. jangan la sampai jadi YES MEM jer .. Kena pandai pandai la ‘ajar’ dan didik isteri tu .. Segala cara nak ajar , dah diajar dalam agama kita . Guna dan pakai jer ..
Sekali lagi , tahniah buat semua warga kerja PEREMPUAN NERAKA !