Hari ni , Qhaliff asik nak suruh dukung jer .. Maklumlah , esok kena tinggal sorang sorang .. huhu ..
Sapa yg akan nangis nanti ? Mak atau anak ? Daddy, cool jer ..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Hari ni , Qhaliff asik nak suruh dukung jer .. Maklumlah , esok kena tinggal sorang sorang .. huhu ..
Sapa yg akan nangis nanti ? Mak atau anak ? Daddy, cool jer ..
" Cemburu eh ?? "
" Tak la.. tak de maknanya "
" Ala , ngaku jer awak cemburu "
" Nehi nehi nehi nehi "
" Kan senang mengaku awak cemburu "
" Tak maknanya.. Kalau nak sangat , g je kat perempuan tu .. saya okeh jer .. ramai lagi nakkan saya ni "
" Ok .. mmg awak cemburu "
" Hellooo... tak de makna okeh ! "
Huh.. ego.. tu la dia .. perempuan .. Cemburu tapi tak nak ngaku.. Kononnya suruh je g kat perempuan tu tapi dalam hati .. " jangan la .. i tipu je okeh !! "
Tapi bila lelaki menyahut cabaran ...
" Kembalilaahhhhhh ... wahai sayangkuuuu "
Maka berkatalah lelaki ..
" Sayang semuaanyaa.. sudah terlambat... tak gunaa .. kau merayu lagi !! "
Oleh itu wahai perempuan ... apa salahnya mengaku yang korang ni kuat cemburu ??? Ngaku je laaa .. kan kan ?? Senang sikit lelaki.. tak yah susah susah nak pujuk ... Ni abis duit beli bunga ... huh !
Aku kenal dia mula mula di blog menerusi segmen . Alhamdulillah , dengan segmen ramai aku kenal ramai blogger .. Walaupun ada yg kata segmen tu mengarut tapi mereka yang join tu tau apa manfaatnya ..
Kemudian aku jumpa dia kali pertama di KB Mall .. Masa tu aku nak ke sana dan dia nak jumpa .. Hehe.. Segan wooo .. Maklumlah , status dia ni haa .. Jauh kecik aku woo .. Baca kat Kes parah ! ni ..
Apa yang menarik sangat blogger / photographer / ustaz ni ?
Semangat dia weeh !! Apa yang dia buat , dia akan buat dengan bersungguh-sungguh ! Setiap apa yang dia karyakan pasti mempunyai sesuatu yang mengagumkan .. Dan yang pastinya , dia tetap merendah diri ! Alhamdulillah ..
Selain berkarya di blognya , NESLOO .. dia gemar menghabiskan masa lapangnya dengan kamera dslr NIKON dia tu . Dia masih baru dalam dunia fotografi tetapi hasilnya mmg mengagumkan aku ..
Aku jeles ok ! Bukan semua mampu bersemangat sepertinya.. Bukan kecik modal ok main fotografi ni .. Antara mau atau tidak saja !
Haih .. penat nak copy gambar-gambar milik dia ni haaa .. Hahaha .. Kalau nak berkenalan dan nak tengok lagi karya dia , leh je add dia di Mohamad Azizi Azahazuhari ..
Aku jeles ok ! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa … Teruskan lagi bro Jiji ! Hasilkan lagi karya yang menarik dan mampu mengalirkan air mata ..
Ramadhan #2 : Andai aku kaki memasak , apakah yang akan aku masak untuk berbuka petang ini ? Ahaaa ..
Gabungan 2 otai masakan , Mat Gebu dan kak Nani Rostam ! Hahaha .. Memang menyelerakan sangat ! Aku mmg suka asam pedas woo.. Kalau kat Putrajaya , Asam pedas yang dikatakan antara yg best terletak di food court berhampiran dengan Uniten .. Hehee..
Woww weee … telan air liur je tgk gambar ni .. hahaha ..
Hari pertama Ramadhan menyaksikan rezeki buat peniaga Ramadhan . Tak dinafikan pendapatan mereka berlipat kali ganda dengan kehadiran Ramadhan ,setiap tahun ..
Semalam , saja je aku berjalan ke bazaar Ramadhan dengan anak buah aku. Dalam kepala , aku nak cari badak berendam dan anak buah aku tu , mata melilau mencari mercun .. Kuih tak jumpa , mercun lak ada .. Huhu .. Tak pe , belanja anak buah ..
Selain dari tu , aku g dengan harapan dpt jumpa dengan rakan rakan lama yang berkurun tak jumpa . Hehehe .. Alhamdulillah .. mmg jumpa pon .. Siap ada yang meniaga lagi .. Hehe .. Senyuman terukir dibibir mereka .. Aku pon membeli sekadar untuk memberi sokongan .. Huhuh..
Dan jmenariknya , bazaar Ramadhan menjadi pusat fesyen buat mereka yang tak tau kat mana nak mengenakan pakaian pakaian yang hanya layak dipakai dlm rumah saja .. Rosak abis pahala puasa orang lelaki ..
Hurmm .. Tertanya gak , bila diorg memborong makanan yang sememangnya menyelerakan tu , abis ke makan ? Atau kononnya simpan hingga ke sahur tapi akhir ke tong sampah .. Hurmm …
Sama sama kita fikirkan sebelum membeli . Perlu ke tak .. Membazir ke tak .. Jangan lupa niat asal kita berpuasa ..
Senarai bazaar Ramadhan 2012 , boleh rujuk di OhDuniaku dan SharingForInfo
Dok pk pk nak update ke tak ? Tak pe la .. Update mengenai jalan cerita tu serta lakonan hebat dari Fizz Fairuz dan Sherie Merlis .. Dua dua pelakon ni , mmg aku minat lakonan mereka. Kira takde harap pacak muka atau nak seksi tak kena tempat .. Pengarah , aku tak sempat tengok sapa .. Tapi tahniah laa .. Jauh lebih baik dari filem filem zaman ni yang punya pengajaran yang cukup mendalam .
Pastinya , selepas cerita ni ramai akan mula tertanya tanya terutamanya si isteri .. Nak ke tak nak mintak maaf ? Lagi pon bukannya dia ada banyak buat dosa berbanding si suami ? Maka , tertangguh laa segalanya hingga tunggu hari raya untuk bersalaman serta berbaju baru dan meminta maaf sambil mengalirkan air mata . Tu pon jap jer .. Lepas kena gelak , ilang dah air mata keinsafan tu .
Berbalik pada cerekarama tadi , lagu latar mmg membuatkan lagi cerekarama Perempuan Neraka ni bertambah memilukan . Dan serius aku katakan apa yang dipaparkan tadi , mmg sedang banyak berlaku di kalangan kita .. Yelah , si isteri mula besar kepala hingga terlupa status si suami ni .
Aku bukanlah nak menuding jari kat si isteri je .. Benar , si suami pon ada gak kelemahannya tapi kita amik la pengajaran cerita ni untuk memperbaiki kesilapan masing masing . Bukan nak ego atau mencari salah sapa sapa .. Yang penting , kita tak bawak masuk dosa terhadap suami atau isteri ke dalam kubur nanti ..
Dan suami pon , kot yang sayang sangat kat isteri tu .. jangan la sampai jadi YES MEM jer .. Kena pandai pandai la ‘ajar’ dan didik isteri tu .. Segala cara nak ajar , dah diajar dalam agama kita . Guna dan pakai jer ..
Sekali lagi , tahniah buat semua warga kerja PEREMPUAN NERAKA !
Hurm… teruk ! Walaupun berjaya menghabiskan puasa tapi sangat tidak memuaskan hati .. Hurm .. InsyaAllah nak perbaiki esok !
Dugaan aku dari Allah .. Sampai sampai kat Low Yatt , jurujual suruh aku ke pusat servis dia nun kat Berjaya Kompleks tu.. Tak jauh tapi dah tutup pon ! Sampai kul 2 petang je dia bukak .. Aku smpai situ , jam 2.09 petang .. Sabor je aa.. Isnin ni kena repeat .. Hurmm ..
Sebelum tu , di tempat parking Low Yatt .. depan tempat aku parking kereta tu , ada sebuah Myvi color gold ni haa ..Pintu penumpang belah kanan dia terbukak . Tuuu , gambar tuuu ..
Aku g belek la .. kot kot ada orang dok tidur dalam tu .. Tapi takde orang la pulak .. Hurmm .. Tengok dalam kereta tu , ada la gak barang dalam tu .. Haih , aku nak tolong tutupkan tapi risau lak nanti aku yang kena ..
Jadi , biarkan je laa kereta tu dalam keadaan begitu .. Kalau benarlah kereta dia dipecah masuk dan ada barang berharga hilang , bermakna dia lagi malang dari aku ..
Insaf sekejap bila mengenangkan ada orang lebih bernasib malang dari kita tapi kita hanya memikirkan nasib kita saja .. Hurmm.. Jauh sekali nak bersyukur ..
Hurm… dari apa yang aku ngan perasan , kalau orang lain dukung atau nak main ngan Qhaliff , dia mmg wat dek .. Muka ala ala sombong dan hilang terus kekacakkan dia .. Hahahah .. Tu belum nak gomol pp dia tu .. Marah giler diaaa .. hahaha ..
Tapi bila aku atau wife yang pegang dan main ngan dia , ketawa macam tak cukup hari .. Gomol dia ? Wat bodoh jer .. biar jer dia dicium .. hahaha ..
3 bulan entah berapa hari dah dia .. Apakah dia dah kenal mak ayah dia ? Rasanya dah pon kan ? Panggil dia pon , dh boleh memaling kat kita sedangkan dok asyik layan perasaan .. hehe ..
Sombongkah ? Huhuh .. tak la .. cuma orang tak biasa main dengan dia .. tu pasal nampak gitu .. hahaha ..
Qhaliff , qhaliff ..
HTC ONE X aku ,retak seribu .. kena g antar tukar skrin . Entah berapa lama pulak kat kedai tu nanti .. Hurm ..
Tensen ? Entah laa .. bab gadget ni , mmg selalu benar tensen .. Tapi semua ni dunia jer .. Biarlah .. Dapat rehat jap dari mengadap hp ni .. Hehe ..
Apa ? Tak nampak ? Tak pe laa.. nampak pon wat sakit hati jer .. hehehe ..
Nak g Low Yatt jap lagi .. haihh .. dalam nak berjimat , makin keluar .. Apa nak buat , salah sendiri ..
Semalam aku ke KLCC dengan Que untuk hadiri satu event tetapi event tu dah cancel terlebih dahulu tapi aku tak tau .. hehe .. Tak pe la , salah aku ..
Sewaktu kat Pejabat Pos KLCC tu , ada sorang makcik ni hampiri aku .. Aku dah tau niat dia .. Eceh.. cam bomoh lak .. Tapi aku biarkan dulu dia menerangkan kehadiran dia tu ..
“ Dik , akak tak cukup duit nak pos barang ni ke anak akak . Duit yang ada ni , cukup cukup untuk tambang balik .. Tadi ada la baki tapi anak akak nak air .. Akak belikan .. Tau tau duit tak cukup untuk pos .. “
Aku malas nak bersoal jawab kat situ . Aku tanya dia ..
“ Jadi , akak nak duit la ni ? “ .
Saja aku cakap gitu untuk kenalpasti apakah dia benar benar nak duit tu hingga sanggup tebalkan muka mintak kat aku .. Hurm..
“ Aah .. “ . Dia jawab . Aku pandang anak lelakinya yang ada dalam pejabat pos ..Kesian hadir lalu ingatkan pada mak ayah aku yang membesarkan aku selama ini ..
Aku bagi sejumlah wang yang dia perlukan dan dia terus masuk ke dalam pejabat pos .. Insaf terbit di hati aku .. Hurm ..
Sebagai anak , kita tau meminta saja tanpa amik kisah mampu atau tidak ayah atau ibu kita tunaikan . Kalau tak bagi , kita akan memberontak , menangis atau buat sesuatu hingga mereka kasi ..
Bayangkan jika mereka terpaksa call kawan kawan atau sedara mara untuk meminjam duit semata mata memenuhi kehendak kita .. Hurm .. Kita tak sedar pon semua ni sehinggalah ianya berlaku depan mata kita sendiri ..
Haihhh …
Dalam entri entri aku yang lepas , betapa egonya aku mengatakan aku boleh melakukannya sendiri demi untuk menjimatkan sekurang-kurangnya , RM10-15 ! Baca kat Ambik kesempatan nampak Mat Bangla ni !! dan Jangan bagi isteri membebel !!
Tapi hari ni , setelah sakit mata aku melihatnya disertakan dengan kemalasan tahap maksimum serta datangnya bulan Ramadhan , aku mengalah juaa .. TERPAKSA !
Lagi pun lalang dah naik serupa macam padi dah bunting .. Tunggu masa untuk menuai jer .. Hahaha .. Tu pasal aku kasi je kerja ni kat abang la ni .. Lagi pon kasi la duit poket untuk Ramadhan ni ..
Bukan takat potong je , rumput rumput tu pon diorang sapu kasi clear .. Ok la kan ? Lagi pon bukan depan jer , belakang pon sekali .. Haa ..
Sebelum dan selepas .. hahahaha .. Kalau aku ? Nak cabut satu satu ? Gamaknya Qhalif kena urut pinggang aku malam ni .. Dengan serai serai tu aku suruh dia sapu bersih !
Abang La tu kata RM10 je tapi memandangkan dia tak berkira untuk tebas pokok serai tu , aku uupppp lagi RM5 .. hehe .. Ok la .. dia buat kerja pon kemas .. bersih .. Janji cun sampai hujung tahun .. Hahahah .. Setahun sekali je.. Lagi pon tak lama lagi nak pindah daah ..
Ada rakan tanya aku camana aku boleh buat link blog berada di blog blog lain ? Jangan kan dia , aku sendiri pon tertanya gak memula camana nak buat gitu ? Setiap saat aku dok pk camana nak buat ..
Tapi tu dulu laa .. sewaktu aku mula nak mula blogging .. Terfikir gak camana nak buat ? Aku nak mintak kat orang suruh letak , aku ni jenis berat mulut .. Kalau ada yang sudi tegur aku terutama di Facebook ajak tukar link , aku ok je ..
Tapi aku memilih gak masa tu .. Hehe .. Bukan pilih blog tu popular ke tak tapi memilih blogger tu rajin ke tak update blog .. Wat pe nak tukar dengan blog yang hari ni update pastu lusa dah buat blog lain .. Haaa..
Kemudian aku fikirkan cara terbaik buat aku masa tu .. Dengan kekerapan aku buat segmen waktu itu , aku jadikannya antara segmen yang berjaya menarik ramai blogger bertukar link antara satu sama lain .. Kesannya, ada yang berjaya dapat pembaca blog yang baru dan ada yang kurang .. Yang kurang tu , mintak maaf la yer .. mesti ada yang tak kena kat mana mana tu ..
Bagaimana nak tukar link ni ? Ok , hari ni aku ada buat satu segmen untuk blogger bertukar tukar link url sesama mereka . Korang boleh cuba laa .. Sekurang-kurangnya mencuba kan ? Bukan kena bayar pon untuk mencuba dari tak cuba apa apa …
Kalau nak try join , klik SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST RAMADHAN 2012 /1433H ni dan ikut je arahan .. Pastikan kita sendiri aktif update .. Baru adil , kan ?
“ Daddy , jangan ganggu Qhaliff okeh ! Apa apa , juz Whatsapp je .. Nanti bangun Qhaliff balas .. Tak sure lagi .. Pastikan susu siap dipanaskan , okeh ? Kalau takkk ?? Haaa .. “
Cuba laaa dia cakap cam tu !! Aku sunat jugak dia nanti !! Haaa .. Cuba cakap camni ..
“ Alhamdulillah .. Biarlah Qhaliff tidur dengan lena sekarang ni .. Nanti dah baligh , Qhaliff pening dengan masalah dunia .. ok daddy ? Mana HTC daddy ? Nak layan game sat … “
Cari pasal namanya ni !
Pernah dengan GUSHCLOUD? Hehe .. aku rasa pasti ramai belum pernah kan ? Ok .. sedikit pengenalan mengenainya ..
GUSHCLOUD.COM adalah social discovery network yang menghubungkan pengguna internet ke kandungan Gushworthy content dan jenama dlm cara yang tersendiri .. Menghiburkan dan mudah untuk mereka yang memiliki akaun mengakses cerita cerita terkini yang mereka minat dan juga mengetahui cerita cerita terbaru dunia masakini .
Apa itu GUSH 2O12 ?
GUSHCLOUD akan melancarkan GUSH 2012 yang dimulakan dengan siri konsert di San Francisco, Singapore dan Malaysia. Dengan ini satu pertandingan GUSH CHASE diadakan ..
Apa itu GUSH CHASE ?
Pertandingan yang diadakan khas untuk mereka yang berada di Singapore , Malaysia dan Australia ini adalah untuk mencari seorang yang cukup berpengaruh dalam laman media sosial untuk cover The Gush 2012 San Francisco pada 25 Aug 2012 nanti .
Dijangka 4000 orang hadir di konsert yang akan diadakan di Fort Mason, San Francisco ..
Manakala 2 pemenang akan dijemput untuk cover the Gush 2012 Malaysia konsert.
Percarian ini bermula pada 4 July dan berakhir pada 6 August
Hadiah :
1.Segala perbelajaan 4D3N untuk pemenang utama termasuk seorarang rakannya ke San Francisco, termasuk tiket penerbangan , penginapan dan juga pengangkutan . Elaun sebanyak $120USD setiap seorang .
2. Akan cover event dan juga temuramah The Cab, Hellogoodbye & Mayday Parade.
3. Be featured on 9X – a hip and alternative TV slot on TV9.
Kelayakkan :
1. Mesti berumur melebihi 14 tahun pada 25 August 2012.
2. Mesti memiliki 3 akaun social media platforms seperti :
- Instagram
- Youtube
- A blog
- Facebook
- Twitter
Untuk keterangan lanjut , sila ke http://gush2012.com/.
Bagaimana nak menyertainya ?
Mula-mula ke http://www.gushcloud.com/ . Kalau belum ada akaun GUSHCLOUD klik SIGN UP HERE dan lengkap segala butiran yang diperlukan .. Kejap je tu ...
Kalau dah ada akaun GUSHCLOUD , boleh je terus SIGN IN .
Pastu , lengkapkan segala butiran peribadi dlm ni haa ..
Pastu klik JOIN AS INFLUENCER ..
Tu jeeee .. Abiss dah .. Senang je kan ? Haaa … Hanya beberapa langkah jer .. Tapi camana nak menang ?
Kongsikan event ni dlm mana mana platform laman sosial yang korang ada .. Lagi ramai yang join , lagi tinggi peluang nak menang ! Contoh cam aku punya link yang mereka dah sediakan ialah ,
“ http://www.gushcloud.com/user/ben_ashaari “
Jadi , mana mana yang join bawah link ni , aku kira dpt point la.. Lagi ramai , lagi bagus la kan ? Bukan sekadar pertandingan tapi macam macam boleh dikongsikan bersama dalam laman sosial yang baru ni ..
Untuk keterangan lebih lanjut , korang leh g baca di http://www.gushcloud.com
Semoga berjaya !