Qhaliff masih terbongkang tidur .. Tak sedar yang mak dia dah tinggalkan dia sbb buat kerja di dapur . Tapi segala pergerakkan , seperti agen perisik. Slow slow je .. Kang kalau jaga , apa pon tak boleh dah nak buat .
Namun begitu , wife mampu masak telur kicap je . Memadai dah bagi aku sebab aku yang cadangkan . Aku tak larat dah nak makan mewah mewah seperti 2 hari yang lalu yang mana adik beradik berkumpul di rumah mak untuk berbuka puasa . Jadi , mcm mcm ada atas tikar tu ..
Selepas makan sepinggan 3 biji telur goreng , telaah akhbar harian online SINAR HARIAN yang mmg menjadi feveret aku untuk aku baca setiap pagi .. Banyak isu menarik antaranya Penjawat awam terima bonus , Isu air , Cuepacs ( Naik bosan aku dengan isu sama setiap tahun tapi.. ) Politik dan juga sukan .. Suka sebab ada ruangan komen yang menjadi perbahasan antara pembaca .. Akhbar lain , belum diupdate lagi .. Aku rasa kul 6 kang baru ada.. tu pon jenis yang SILA DAPATKAN AKHBAR HARI INI UNTUK MENGETAHUI SELANJUTNYA ..
Selain dari tu , aku suka redah artikal YAHOO.COM.MY .. hehehe .. suka baca ruangan komen sbb banyak komen beremosi .. Bukan apa , dari situ kita boleh nampak manusia yang berakal dan juga tidak . Secara langsung , mengajar kita betapa pentingnya budi bahasa ni ..
Masuk sudah waktu .. Solat subuh.. Pastu , tinggallah aku ngan Qhaliff lagi .. berdua bersama .. Serasi bersama ..