Jangan tensen tensen.. layan sat gambar ni ..
Dah cool skit dah kan tensen tu ? Semua ni ciptaan Allah.. Secara tak langsung , kita mengucapkan kebesaranNya dari dok pk tensen tu.. Lari jap dari tekanan perasaan tu .. hehe ..
Jangan tensen tensen.. layan sat gambar ni ..
Dah cool skit dah kan tensen tu ? Semua ni ciptaan Allah.. Secara tak langsung , kita mengucapkan kebesaranNya dari dok pk tensen tu.. Lari jap dari tekanan perasaan tu .. hehe ..
Petang tadi , ada wife bagitau aku .. Kawannya ada mengambil vaksin Rotavirus untuk bayinya.. Klinik kerajaan tidak menyediakan vaksin ini kerana mahal .. Harganya mampu capai RM300 .. Betul atau tidak , aku sendiri pun tak pasti ..
Apa tu penyakit ROTAVIRUS ? Aku pernah tau keropok ROTA jer.. Penyakit ni tak tau lagi .. ehhe .. Tapi mengikut dari apa yang aku google , Rotavirus lazim menyerang bayi dan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, namun kajian menunjukkan orang dewasa yang dijangkiti virus berkenaan turut mengalami gejala seperti cirit birit pesakit muntah dan cirit-birit, muntah , sekali gus menjadi punca kepada dehidrasi atau kehilangan air dalam badan.
Menurut sumber, kehilangan air dalam badan yang teruk dan tidak dirawat dengan segera boleh memudaratkan pesakit terutama apabila muntah dan cirit birit itu berpanjangan.
Menurut pakar perunding padetrik ,Dr Yong Junina Fadzil , antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah. Pastikan ibu membasuh tangan sebelum memegang makanan
Katanya lagi , kanak-kanak dijangkiti Rotavirus lazimnya akan mengalami cirit-birit dan muntah diikuti deman sehingga badan mereka mengalami dehidrasi.
Jadi , perlu ke tak Qhaliff mengambil vaksin tersebut ? Hurmm .. Kena tunggu check up seterusnya untuk mendapatkan nasihat doktor .. Bagi aku , tak leh memandai mandai .. Bahaya gak … huhu ..
Sumber maklumat : Bharian Online
Ah , sudaaahhh … Mana datang lebam kat dahi dia tu ?? Tapi bila aku tengok gambar lain , takde pulak ! Ahhh .. sudahh … apahal lak ni ?
Teringat komen kawan di entri yang lepas , ‘ kalau biarkan kamera dslr ni lama lama , berabuk (dust) atau fungus ’ .. Takkan kot dah kena ?? Alahai kameraku ni ..
Aku pon check semula .. Try amik gambar kat kertas putih , ternyata ada dot hitam tuuu lagi .. Dan pada gambar Qhaliff lak ..
Hurmm.. Nak guna blower , aku takde .. Esok nak kena g NIKON ALAMANDA untuk mintak tolong .. Sudikah mereka atau mereka akan suruh aku ke NIKON CENTRE di Berjaya Times Square untuk buat maintenance ? Oh, tidakkk …
Leceh gak main dslr ni eh ? Huhuh …
Comel kan ? Ahaa .. Qhaliff mmg dah comel.. Tu haaa… Bib yang dibuat khas untuk Qhaliff dari blogger remaja yang popular , Lyssa Faizureen .. Ahaa .. malu sudah dia .. hahaha ..
Kena tunggu Qhaliff pandai makan sendiri , baru kasi dia bib ni .. Buat masa skang , dok menyusu .. Ke nak suruh ayah dia je yang pakai ? Haha ..
Dua botol sudah .. akhirnya …
Tidurr lagi diaaa .. Pagi tadi , dia tidur sampai kul 11 pagi .. Dia bangun , aku tukarkan daipers dia .. pastu main ngan dia .. Secakar dua dia bagi kat muka aku , baru dia nangis nak susu .. Aku pon bagi laa botol pertama ..
Pastu , dia nak main lagi .. Aku biar dia main sorang sorang .. Sampai tahap dia bosan , baru aku main ngan dia sekali .. Aku malas nak main ngan dia sbb aku gemar nak cium pp dia .. hahaha .. sian kat dia .. Tapi dah dia ‘seru’ aku .. maka kena la gomol ngan aku ..
Dalam kul 12 lebih , dia mengantuk semacam.. Mula la nak teriak lagi.. Kasi sebotol lagi dan … Aku pon update entri ini ..
Gambar ada sebab guna dslr aku .. Lama dah simpan dalam almari tu semenjak dua menjak ada HTC .. hahaha .. siaann .. Baru beli tapi jarang nak ‘main’ … Mula mula je semangat .. Tapi mengenangkan kos nak main dslr ni serupa macam nak nikah 3 , tu aku simpan jap.. Nanti ada duit skit , baru nak sambar lens yang aku idamkan .. hehe ..
Ramadhan #4 : Andai aku kaki memasak , apakah yang akan aku masak untuk berbuka petang ini ? Ahaaa ..
Yesss .. Inilah feveret aku sejak dari kecil lagi !! Aku pasti membelinya kalau lalu gerai jual kuih .. Tapi kalau acik yang jual tu mampu buat sosnya sendiri , perghh.. mesti lagi lazat.. heehe .
Ok , cucur udang ni adalah dari resepi otai masakan kita yang mana semakin laris keluar dalam majalah masakan … Hehe .. Kak Yatie Ramlan @ http://yatiememories.blogspot.com/
Best ke masakan dia ? Lom pernah try lagi .. InsyaAllah kalau ada kelapangan nak serbu ke rumah dia .. hehehe .. Tapi confirm sedap sbb tengok gambar pon dah terliur .. huhu ..
“ Saudari .. saya tak mampu jaga mata .. Boleh tak saudari pakai pakaiaan yang tidak menjolok mata ? “
“ Baiklah. Esok saya takkan pakai lagi dah .. “
“ Terima kasih. “
“ Sama-sama “
Atau .. kita doakan je semoga Allah beri hidayah pada mereka , kan ? Alhamdulillah ..
Ok , Blog , Twitter , Facebook ni boleh la post menda menda yang best cam drama hari ni , jumpa artis atau apa apa sajalah.Pembaca kat blog atau rakan rakan di Facebook suka baca yang tu .. Bab dosa ni , pandai pandai la tanggung . Biar ulama jalankan kerja mereka . Kita yang tak cukup ilmu agama ni , tengok atau nasihat ala kadar .. Maklumlah , dosa kita , kita tanggung sendiri kan ?
Patutlah semakin ramai orang kita sekadar jadi pemerhati kerana tak nak jadi ‘tukang sibuk’ .. Bila jadi gitu , kata kita semakin hilang keprihatinan .. Kena kat muka sendiri , baru tau langit tinggi rendah ..
Doa , doa gak .. usaha kena ada .. Sebab tu orang tua dulu dulu suka cipta cerita ‘mengarut’ sbb mereka dah tak tau nak nasihat anak cucu mereka camana dah … Nampaknya cerita mengarut tu lebih berbaloi dari nasihat yang biasa biasa ni haa ..
Wallahualam .. Tugas aku dah selesai … Selamat hari raya ! Weekkk ..
Haih .. jap je anak aku ni membesar .. Tau tau pandai dah rindu kat mak dia .. Bila ada mak dia , lena giler tidur woo .. Kalau takde , haih .. tidur jap jap jer .. Anak omak ni ..
Hurm .. Semalam , seharian dia kat rumah mak aku dan dijaga jap jap oleh mak aku , ayah dan aku .. mmg dia wat perangai agak pelik skit la .. Kuat benar tidur .. Tapi tidurnya tak lena walaupun ada aircond. Seolah olah dia tau mak dia takde kat rumah .
Bila petang , nampak mak dia .. Mak aihhh .. terus sengihhh .. Melekat terus kat mak dia .. Dan bila nak balik tu , mak aku siap cakap kat dia ,
“ Qhaliff nak balik tinggalkan tok ehhh .. “
Senyum sampai ke telinga kooo .. hahahaha .. Terasa mak aku .. hahaha .. Punya la rindu dia kat rumah dia tu haa ..
Dan , bila naik je kereta , dia terus tidur lena walaupun dh sampai rumah .. Anak beranak tidur bersama ..
Aku gaakk sambung mengupdate blog .. Huhuh .. Oh ya , gambar Qhaliff, takde sehingga HTC aku dpt semula Khamis atau Jumaat ni.. Terbang gak RM700 .. Huhuh..
“ Adik , nampak telekung akak tak ? Nak solat ni .. cepat la.. “
“ Tuu.. Akak ni ,cari ngan hidung kee ?? Er , kak .. Allah melihat kita setiap saat. Bukan masa nak solat je tau .. “
“Maksud adik ? “
“ Yelah , masa solat , tutup aurat.. Lepas solat ? Akak pakai ketat ketat tu.. Rambut akak tu .. Hehe.. “
“ Erk… “
Qhaliff masih terbongkang tidur .. Tak sedar yang mak dia dah tinggalkan dia sbb buat kerja di dapur . Tapi segala pergerakkan , seperti agen perisik. Slow slow je .. Kang kalau jaga , apa pon tak boleh dah nak buat .
Namun begitu , wife mampu masak telur kicap je . Memadai dah bagi aku sebab aku yang cadangkan . Aku tak larat dah nak makan mewah mewah seperti 2 hari yang lalu yang mana adik beradik berkumpul di rumah mak untuk berbuka puasa . Jadi , mcm mcm ada atas tikar tu ..
Selepas makan sepinggan 3 biji telur goreng , telaah akhbar harian online SINAR HARIAN yang mmg menjadi feveret aku untuk aku baca setiap pagi .. Banyak isu menarik antaranya Penjawat awam terima bonus , Isu air , Cuepacs ( Naik bosan aku dengan isu sama setiap tahun tapi.. ) Politik dan juga sukan .. Suka sebab ada ruangan komen yang menjadi perbahasan antara pembaca .. Akhbar lain , belum diupdate lagi .. Aku rasa kul 6 kang baru ada.. tu pon jenis yang SILA DAPATKAN AKHBAR HARI INI UNTUK MENGETAHUI SELANJUTNYA ..
Selain dari tu , aku suka redah artikal YAHOO.COM.MY .. hehehe .. suka baca ruangan komen sbb banyak komen beremosi .. Bukan apa , dari situ kita boleh nampak manusia yang berakal dan juga tidak . Secara langsung , mengajar kita betapa pentingnya budi bahasa ni ..
Masuk sudah waktu .. Solat subuh.. Pastu , tinggallah aku ngan Qhaliff lagi .. berdua bersama .. Serasi bersama ..