Perkara yang pasti membuatkan si ibu bapa gelisah tak tidur lena , makan tak kenyang , bila anak mereka tak sihat atau sakit .. Bayangkan ada yang lebih kuat dugaan mereka .. Semoga Allah tabahkan mereka ..
Si kecil ni namanya Muhammad Haiqal Mustaqim. Anak kawan baik aku. Kawan dari darjah satu woo .. Dia dimasukkan ke hospital petang semalam sbb demam panas. Cecah 40 darjah celcius. Doakan si kecil ni cepat sembuh yer, kawan kawan .. Kalau sempat , petang ni plan nak g ziarah kat HUKM ..
Hurm.. Bila member aku ni tunjuk gambar baby dia , teringat aku pada Qhaliff yang mana korang pun tau ( bagi yang ikut perkembangan Qhaliff dari mula lahir) , yg terpaksa membuatkan aku gelisah sepanjang beberapa minggu akibat demam kuning . Hurmm..
Alhamdulillah , selepas tu .. dia tak de demam dah.. Semakin kuat badan dia ..
Bizi bermain dia .. Bila aku hala kamera dan suruh senyum ..
Pastu sambung main .. Aduhhh …. Kang bila mula merengek , baru aku bagi susu.. Confirm terus lena .. hehehe ..
Syukur pada Allah ..